PBSNB Umum Agihan Pendapatan RM1.75 Juta

KUALA LUMPUR – Permodalan BSN Berhad (PBSNB) mengumumkan agihan pendapatan 0.70 sen atau RM1.75 juta untuk BSN Dana Dividen Al-Ifrah (Al-Ifrah) dan 0.85 sen atau RM2.03 juta untuk BSN Dana Al-Jadid (Al-Jadid) bagi Tahun Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2016.

Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN) itu memaklumkan, pelaburan semula unit agihan pendapatan untuk Al-Ifrah dan Al-Jadid akan dibuat pada hari ketiga bekerja selepas pengumuman ini.

“Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan mengucapkan terima kasih kepada pelabur-pelabur yang setia dan PBSNB akan sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan pencapaian dan perkhidmatan pada tahun akan datang,” kata Kamarul Izam Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif PBSNB dalam satu kenyataan hari ini.

PBSNB mula beroperasi pada Januari 1995 sebagai Pengurus Dana Unit Amanah. PBSNB menguruskan Unit–Unit Amanah Saham, Dana Pasaran Wang dan Mandat Khusus.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk PBSNB diminta melayari laman sesawang www.pbsn.com.my. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...