Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Keputusan Kes Beng Hock...

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk mengklasifikasi semula kes Teoh Beng Hock sebagai salah...

Tiga Loji Air Ditutup...

SHAH ALAM - Tiga buah loji rawatan air Sungai Selangor yang ditutup sejak...

Malaysia Antara Di Hadapan...

KUALA LUMPUR - Malaysia kini adalah antara negara yang berada di hadapan untuk...

Ops Mega Berjaya Tangani...

KUALA LUMPUR - Ops Mega yang dilaksanakan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan bagi...

PDRM Gerak Unit MPV, URB Cegah Jenayah Semasa Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mencegah jenayah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya menjangkakan orang ramai menggunakan peluang cuti Hari Raya Aidifitri dan cuti umum Hari Pekerja pada ketika itu untuk pulang ke kampung.

“JPJKK di setiap kontinjen akan melakukan rondaan menerusi unit MPV dan URB secara lebih menyeluruh semasa ketiadaan penduduk di kawasan kediaman serta di kawasan premis peniagaan yang tidak beroperasi, bagi memastikan aspek keselamatan dan harta benda komuniti sentiasa terpelihara,” katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.

Justeru, Aidi menyeru orang ramai yang bercadang untuk pulang ke kampung supaya memaklumkan butir-butir peribadi seperti alamat, tempoh bercuti dan nombor yang boleh dihubungi kepada balai polis berhampiran, untuk membantu pihak polis membuat perancangan rondaan pencegahan jenayah.


Kata Aidi, pihaknya juga akan menempatkan lebih banyak anggota di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai sepanjang musim perayaan ini.

“Apa yang lebih penting dalam kita sedang menghadapi musuh Covid-19 ini, masyarakat perlulah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan jarak fizikal yang selamat selain memakai pelitup muka,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori