Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sidang Dewan Negara Ditangguh,...

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara bagi mesyuarat kedua penggal kelima Parlimen ke-13...

Jenazah Pelajar Lemas Di...

ALOR SETAR - Jenazah Abdul Azim Amzar Azmi, pelajar Malaysia yang lemas di...

Gantung Baju Sejuk Di...

SEKUMPULAN kanak-kanak di Kanada mengambil inisiatif menyebarkan kebaikan kepada golongan yang tidak berkemampuan.Sempena...

Bayi Dipijak Hingga Mati...

SEORANG bayi perempuan berusia 21 bulan telah meninggal dunia dalam keadaan tragis akibat dipijak...

Pedang Salahuddin Al-Ayubbi Memeningkan Pengkaji Barat

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Parsi ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi Damsyik dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ia teramat tajam dan lentur.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer.

Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain.

Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO


Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.

Teknologi NANO ini menggunakan besi Damsyik yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

HANGAT DIBACA >> Graduan Berniqab Pertama Dalam Sejarah 900 Tahun Universiti Oxford

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya.

Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.

Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Muzium di seluruh dunia.

Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang ditelan zaman.

Sumber: jagadita.com

Apakah Penyakit Ain?

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Hukum Menggantung Gambar Fotografi Di Dinding

Hukum Berjenaka Lucah Dan Lawak Tentang Rogol

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Kategori