Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

“Pakcik Buta, Sebab Tu...

TIDAK semua orang bernasib baik dalam kehidupan. Kita mungkin rasa kita susah, tapi...

Elly Mazlein, Zul 2by2...

SETELAH beberapa minggu bertanding, kumpulan Apoo yang dianggotai penyanyi Zul 2by2 dan Elly...

16 Orang Hilang Dalam...

REDDING - Keadaan angin yang agak tenang dilihat memberi kelebihan kepada anggota bomba...

2 Buruh Bangladesh Maut...

KUANTAN - Dua buruh warga Bangladesh maut selepas tertimbus tanah runtuh di sebuah...

Peguam Negara Cakap Inggeris! Apakah Ini?

TIDAK SENSITIF…. Sebelum ini masyarakat dunia gempar dengan tindakan biadab Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sengaja guna bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan baharu.

Sikap kurang ajar Setiausaha Agung DAP itu jelas dapat dilihat ketika beliau menjawab kutukan netizen pro-Barisan Nasional (BN) yang berang menerusi media sosial apabila Guan Eng tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.

Umum maklum, sebahagian besar ahli parlimen parti berlogo roket itu kurang fasih berbahasa Melayu meskipun lahir di negara ini kerana mengikuti pendidikan vernakular yang mendaulatkan bahasa ibunda sebagai pengantar.

Kali ini, penyakit tidak sensitif itu mula ditonjolkan pula oleh Peguam Negara,Tommy Thomas yang mengetuai barisan pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes melibatkan syarikat SRC International.

Beliau yang kelihatan selesa menggunakan bahasa Inggeris meskipun jelas berada di ibu kota sebuah negara yang asas perlembagaannya menjunjung bahasa Melayu, kemudian menerima kutukan ramai pengunjung mahkamah.

Kejadian yang julung kali dalam sejarah tanah air itu dilaporkan berlaku di ruang legar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada tengah hari tadi sekali gus menyaksikan sidang akhbar beliau terpaksa dibatalkan.


Ini kerana Tommy berjaya diganggu para penyokong bekas Perdana Menteri itu meminta beliau untuk hormat guna bahasa Melayu dan bukan berlagak ala penjajah Inggeris hukum pahlawan Melayu sebelum negara merdeka.

Lebih ratusan penyokong Najib bersorak ‘Bahasa Melayu’ dan ‘Hidup Melayu!’ ketika Thomas beri kenyataan kepada beberapa wartawan dalam bahasa Inggeris sebelum beliau terpaksa beredar atas faktor keselamatannya.

Visual rakaman tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi slot Berita Terkini di TV1 RTM menunjukkan suasana riuh keadaan di mahkamah namun kemudian diputuskan tiba-tiba atas sebab teknikal. – Mynewshub.tv

Kategori