Peguam Tunjuk ‘Jari Tengah’ Selepas Diejek Peserta Wacana

SEORANG peguam ‘menghadiahkan’ isyarat lucah selepas ucapannya diganggu orang ramai yang menghadiri program Wacana Sinar Harian di Shah Alam, semalam.

Video Siti Kasim yang berdiri ketika sesi soal jawab itu menjadi viral di media sosial yang rata-ratanya terkejut dengan reaksi Siti sebagai seorang peguam.

Siti yang berdiri pada sesi joal jawab Forum ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’  ketika itu memberikan pandangan berhubung hukum hudud yang dianggap cara untuk membesarkan kuasa Mahkamah Syariah.

Dia berpendapat, sekiranya RUU tersebut diluluskan, secara automatik hukum hudud di Kelantan dan Terengganu akan terlaksana.

Ini sekaligus bercanggah dengan undang-undang sivil di mana seseorang individu berumur 50 tahun ke atas tidak perlu dihukum sebat manakala hudud menetapkan pesalah lelaki dan perempuan boleh dihukum sebat sehingga 100 kali.

Dia turut menuntut penjelasan daripada pemimpin Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menjadi ahli panel forum untuk menerangkan mengapa dia (Siti) perlu mengikut undang-undang yang ditafsir oleh parti itu.

“Saya seorang Melayu dan seorang Islam, kenapa saya perlu dikawal oleh orang-orang begini. Ini antara saya dengan Tuhan, kenapa saya perlu mengikut Islam kamu?” soalnya.


Turut menjadi panel jemputan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Dr Tan Seng Giaw dan Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu.

Penerangan Siti kemudiannya diganggu dengan ejekan dan bunyi bising daripada peserta forum yang mungkin tidak berpuas hati dengan caranya.

Bagaimanapun, peserta wacana berkenaan kemudiannya menerima kejutan apabila sebagai ‘penutup’ ucapannya Siti ‘menghadiahkan’ isyarat jari tengah sebagai tanda marah dengan ejekan mereka.

Siti Kasim yang juga seorang aktivtis pernah ditahan polis kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan melakukan intimidasi jenayah ketika menghadiri sebuah majlis anjuran golongan transgender di ibu negara, baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC


Kecoh Peguam Siti Kasim Tunjuk Jari Tengah… oleh mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...