Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PBS Janji Sokong Muhyiddin...

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) memilih untuk menyokong penyelesaian muktamad kepada...

Zlatan Janji Jadi Lebih...

ZLATAN Ibrahimovic terkenal dengan sikapnya yang gemar memberi kenyataan berani. Dia sekali lagi berbuat...

Dua Beradik Di Manjung...

IPOH - Dua beradik dari Manjung disyaki dijangkiti difteria selepas mengalami simptom demam,...

PRK Pengkalan Kubor: SPR...

TUMPAT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan proses pembuangan undi...

Pejabat KM Sarawak Nafi Beri Amaran Kepada Petronas

KUCHING – Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini menafikan catatan media sosial yang memetik Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai memberi ultimatum atau amaran kepada Petronas.

Sambil menyuarakan rasa kesal terhadap berita palsu itu, pejabat Ketua Menteri itu turut menegaskan bahawa Abang Johari tidak pernah berbuat sedemikian.

“Pihak pejabat ini mahu menjelaskan bahawa Ketua Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang ultimatum (amaran) kepada Petronas walaupun adalah menjadi tanggungjawab Petronas untuk mematuhi undang-undang negeri ini sebagaimana syarikat lain yang berminat dengan prospek dan perlombongan di Sarawak.

“Beliau (Ketua Menteri) juga sentiasa menekankan bahawa Sarawak akan bekerjasama dengan Petronas menerusi syarikat minyak yang baru ditubuhkannya, PETROS dalam sektor minyak dan gas di Sarawak berdasarkan ketetapan undang-undang dan Perlembagaan.

“Berita palsu itu adalah sesuatu yang amat dikesali,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Menerusi paparan media sosial bertajuk ‘Ultimatum to Petronas, Get Licence or Get Out,’ (Kata Dua kepada Petronas, Dapatkan Lesen atau Keluar) yang tersebar itu, Ketua Menteri Sarawak didakwa memberi kata dua kepada Petronas bahawa syarikat tersebut perlu mendapatkan lesen di bawah Ordinan Perlombongan Minyak Negeri 1958 untuk beroperasi di Sarawak. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori