KPNDHEP P Pinang Keluar Lapan Notis Harga Sayur Naik

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak lapan notis pengesahan maklumat barangan kepada pengimport, pengeksport dan pemborong sayur...

9 Adab Yang Mudah Tetapi Sangat Besar Kesannya

Adab yang mudah tetapi andai dijadikan amalan, bukan sahaja menampakkan kita baik, tetapi juga berakal.

1MDB: PAS Tuntut Penjelasan SPRM, PDRM

KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan terperinci daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan aset dana milik 1MDB melibatkan akaun Iron Rhapsody Ltd dan Cutting Edge Industries Ltd.

Pekerja Nepal Maut Jatuh Dalam Pengisar Daging

MELAKA – Seorang pekerja warga Nepal maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar daging di sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli, berkata operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 22 tahun sedang membuat kerja membaik pulih pengisar itu dan butang ‘on’ mesin itu dihidupkan secara tiba-tiba.

“Kita menerima panggilan kira-kira 7.46 pagi dan tiba di kilang itu untuk operasi mengeluarkan mangsa sembilan minit kemudian bersama enam anggota dari balai Masjid Tanah.

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan selain pendarahan teruk di bahagian pinggang dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Kerajaan Gesa Syarikat Penerbangan Turunkan Segera Tambang

Semua syarikat penerbangan di negara ini perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan tanpa perlu melibatkan campur tangan kerajaan secara berlebihan, kata Menteri Pengangkutan Dr...

Bawa Diri, Iqbal Tinggalkan Malaysia

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya meninggalkan tanah air untuk menetap di Indonesia, mulai hari ini. Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu...