Pekerja Tidak Langsung Jangka Pembubaran SPAD

KUALA LUMPUR – Pembubaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak langsung dijangka oleh warga kerja suruhanjaya itu yang ditubuhkan pada tahun 2010.

Tinjauan Bernama di pejabat SPAD Kuala Lumpur mendapati pekerja sudah mula pulang seawal 4.40 petang ekoran kebenaran pulang awal pada bulan puasa.

Jelas segelintir masih nampak dalam keadaan bergelak ketawa malah turut berswafoto di hadapan pejabat bersama kad kakitangan mereka.

Seorang pekerja SPAD yang tidak mahu dikenali menyatakan rasa terkejut apabila suruhanjaya tempat mereka bekerja bakal dibubarkan.

“Kami semua memang tidak jangka perkara ini berlaku sebab kami buat kerja… pelantikan staf di sini bukan pelantikan politik… pelantikan kami sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami (SPAD) memudahkan pengurusan untuk pengangkutan darat. Berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), mereka lebih kepada pengangkutan persendirian. Kami harap kerajaan dapat pencerahan sebenarnya apa fungsi SPAD,” kata lelaki itu ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Katanya, mereka masih belum dimaklumkan bila tarikh terakhir mereka akan bekerja tetapi mengharapkan agar sebarang kemungkinan baik akan berlaku.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beberapa agensi kerajaan dibubarkan antaranya SPAD, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baharu di Putajaya hari ini.

Sementara tinjauan di pejabat JASA di sini mendapati petugas bekerja seperti biasa.

Cubaan wartawan untuk mendapatkan komen daripada beberapa orang petugas tidak berhasil berikutan mereka enggan mengulas tentang perkara berkenaan.

Selain pembubaran SPAD dan JASA, antara agensi yang turut dibubarkan adalah Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan Majlis Profesor Negara (MPN). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...

Ibu Bapa Digesa Waspada Aktiviti Air Di Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Ibu bapa digesa lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada...

Landskap Pendidikan Tinggi Berhadapan Rempuhan Teknologi Dan IR 4.0

TANJUNG MALIM: Landskap pendidikan tinggi dalam negara mengalami perubahan yang drastik susulan ‘rempuhan’ teknologi...

Petugas Parlimen Meninggal Dunia Akibat COVID-19

KUALA LUMPUR: Pejabat Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengesahkan satu kes kematian melibatkan seorang...