Pelantikan Sebagai Pengarah PRK 1 Cabaran Kepada Wan Rosdy

KUANTAN – Pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengarah Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dilihat sebagai satu cabaran kepada Menteri Besar Pahang itu.

Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar berkata ia juga mencipta sejarah tersendiri kerana kebiasaannya jawatan itu diberikan kepada barisan kepimpinan peringkat persekutuan.

“Walaupun cabaran ini besar bagi kita namun kita akan memberikan fokus dan tumpuan penuh dalam membantu calon di Cameron Highlands.

“Kita juga akan menggerakkan jentera kita di negeri ini sama ada Badan Perhubungan UMNO negeri, Exco-exco Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan semua pihak yang terlibat untuk memberikan yang terbaik pada PRK ini,” katanya selepas Majlis Bantuan Khas Persekolahan YAB Menteri Besar Pahang kepada 200 murid di Dewan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang mewakili Menteri Besar menyampaikan sumbangan.

Semalam Pemangku Presiden parti Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO melantik Wan Rosdy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu memimpin jentera PRK Cameron Highlands kali ini.

Ab Hamid berkata jawatan itu juga mungkin diberikan setelah mengambil kira bahawa Pahang satu daripada dua negeri yang masih lagi di bawah teraju kepimpinan BN selain status DUN Jelai yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands . – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...