Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Jurutol Ditampar Pemandu Selepas...

GARA-GARA kad yang dimiliki tidak boleh digunakan, seorang pengguna jalan raya melepaskan marahnya...

UMNO Tak Rakus, PRN...

KUALA LUMPUR : Tuduhan segelintir pimpinan PAS kononnya UMNO 'rakus' kerusi dan kuasa...

Cukup Baiki Rekod Peribadi...

SEPANG - Jurulatih lompat jauh paralimpik negara, Mohd Syahrul Amri Mohd Suhaimi tidak...

Remaja Maut Terjatuh Bot...

TUMPAT - Seorang remaja maut selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya dan terkena...

Pelumba Maut Nahas, Cub Prix Kemaman Batal

KEMAMAN – Juara kelas perdana Perlumbaan Cub Prix 2005 dan 2011, Norizman Ismail maut selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh satu, semasa sesi ujian masa kategori CP150 di Bandar Baru Kijal di sini, hari ini.

Allahyarham yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing, terlibat dalam kemalangan itu kira-kira pukul 3.50 sebelum marshal dan paramedik memberikan rawatan segera selepas bendera merah dikibarkan pada pukul 3.52 untuk menghentikan sesi itu.

Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dalam kenyataannya di ibu negara berkata, allahyarham Norizman disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 4.50 petang.

“Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat dan pasukan perubatan penuh. Pihak hospital telah melakukan usaha terbaik namun beliau gagal diselamatkan,” kata kenyataan itu.

Allahyarham memulakan karier dalam perlumbaan Cub Prix pada 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada 2005 dan 2011.


Berikutan insiden itu, penganjur Safe Aim Mutual Sdn. Bhd. selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan semua pelumba, memutuskan untuk membatalkan perlumbaan yang dijadualkan hujung minggu ini sebagai tanda hormat ke atas kematian Allahyarham. – BERNAMA

Kategori