Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemilihan PKR Di 4...

BUTTERWORTH - Proses pengundian bagi pemilihan PKR di empat negeri iaitu Perlis, Perak,...

PABM: Janise Peserta Berbangsa...

BANGI - Seorang penuntut undang-undang berbangsa Cina dari Universiti Malaya (UM), Janise Then...

Pelakon Glee Ditahan Miliki...

PELAKON Mark Salling ditahan atas dakwaan memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Dia yang terkenal...

Dipermainkan Pihak Produksi, Noorkhiriah...

SIAPA yang tak kenal dengan pelakon serba-boleh, Noorkhiriah Ahmad Shapie yang suatu ketika...

Pemandu Lori Ditahan Bawa Rokok Seludup RM1.2 Juta

MELAKA – Seorang pemandu lori ditahan kerana membawa muatan 1,200 karton rokok yang disyaki diseludup dianggarkan bernilai RM1.2 juta termasuk duti import di sini.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia berkata suspek berusia 42 tahun ditahan ketika memandu lori muatan tiga tan dalam keadaan mencurigakan di simpang Taman Permatang Pasir Permai Padang Temu di sini kira-kira 11 malam, Ahad lepas.

Beliau berkata kegiatan penyeludupan rokok seludup tersebut dikesan Unit Risik Polis Marin Johor sebelum Pasukan Polis Marin, Wilayah Dua Melaka melaksanakan tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori tersebut, sebanyak 240 kotak ditemukan dalam lori berkenaan dan pemeriksaan dalam semua kotak menemukan 1,200 karton rokok jenama Canyon Merah.

“Rokok tersebut dipercayai dibawa masuk melalui jalan laut dari negara jiran untuk diedarkan di pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang dan Pegawai Pemerintah Marin Melaka, Steel Entai.


Sun berkata turut dirampas ialah lori berkenaan, dua walkie talkie, dua telefon bimbit dan anak kunci.

“Suspek mendakwa dia diupah pihak ketiga untuk membawa muatan rokok tersebut ke satu destinasi yang belum disahkan dengan bayaran RM450,” katanya.

Beliau berkata tindakan pihak ketiga mengupah suspek membawa muatan tersebut bertujuan unuk mengelak dikesan pihak berkuasa tetapi pihaknya yakin dalang utama sindiket dapat ditahan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori