Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

TPM Lepaskan Sukarelawan Misi...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melepaskan 30...

PRU-15: Diva AA Pertama...

Gombak : Pengacara sensasi, Azwan Ali, menjadi pengundi pertama tiba di pusat pengundian...

VIDEO: Adik Ni Kata,...

MUSIM persekolahan yang baru bermula menyaksikan ramai ibu bapa memuatnaik gambar dan video gelagat...

QZ8501 – Kementerian Luar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar membuka bilik operasi susulan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia...

Pemaju Akan Naik Harga Untuk Tarik Warga Asing

PETALING JAYA – Kumpulan mewakili pembeli rumah hari ini memberi amaran kemungkinan pemaju menaikkan harga bagi menarik pembeli asing susulan langkah membolehkan warga asing membeli rumah bernilai RM600,000 bermula tahun depan.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chang Kim Loong berkata keadaan itu akan menekan orang tempatan keluar daripada pasaran rumah.

Chang berkata ada kemungkinan warga Singapura berpusu-pusu ke Johor Bahru untuk membeli hartanah kerana harga di situ lebih murah berbanding dengan harga di republik itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata keputusan baru itu bagi mengurangkan lambakan pangsapuri tidak terjual, bernilai RM8.3 bilion pada suku kedua 2019. Ketika ini, warga asing hanya dibenarkan membeli hartanah bernilai lebih daripada RM1 juta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin sebelum ini berkata dia merancang untuk menganjurkan satu lagi kempen pemilikan rumah yang menyasarkan pembeli China dan Hong Kong.

Juruukur hartanah bertauliah, Ernest Cheong berkata had RM1 juta itu bertujuan untuk melindungi orang tempatan daripada persaingan dengan warga asing.


Beliau berkata pemaju sepatutnya diminta mengurangkan harga hartanah supaya lebih mampu dimiliki oleh orang tempatan.

Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata mereka membantah sekeras-kerasnya penurunan harga siling untuk warga asing.

“Keputusan yang tidak bijak oleh Pakatan Harapan. Mereka sepatutnya tumpu pada menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

“Selain itu, hal menetapkan harga siling rumah sepatutnya bawah bidang kuasa negeri-negeri. Kita tak tahu adakah kerajaan negeri akan ikut,” katanya. – FMT

Kategori