Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lagu Adik Achik Spin...

JIKA disebut nama penyanyi Tajul, mungkin ramai yang tidak begitu mengenai figura ini. Namun,...

PBB Jangka Wilmar Terus...

KUALA LUMPUR - PPB Group Bhd menjangka sumbangan daripada firma berasaskan pertanian, Wilmar...

Tulang Mereput ‘Seperti Kayu...

Perai - “Tulang saya mereput setiap hari dan sudah hampir 100 kali anggota...

Imigresen Siasat Dakwaan Kes...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan menjalankan siasatan dalaman...

Pembaharuan RTM Selari Keperluan Semasa

PEMBAHARUAN bakal dilaksanakan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengikut keperluan semasa terutamanya dalam hadapi cabaran era digital baharu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Beliau menegaskan pembaharuan yang bakal dilaksanakan itu tidak akan menjejaskan misi dan visi RTM sebagai platform menyebarkan maklumat dan berita kepada masyarakat.

“Saya percaya RTM mempunyai misi dan visi yang jelas dan berterusan. kementerian akan meneruskan misi dan visi sama seperti kerajaan dahulu dengan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa.

“Saya tak nampak perkara yang berbeza (dengan kepimpinan dahulu) melainkan penambahbaikan termasuk penggabungan RTM dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)…

“Walaupun perkara ini masih dalam peringkat kajian, saya yakin ini untuk kebaikan kepada rakyat yang merupakan golongan sasar,” katanya kepada pemberita selepas hadiri taklimat dan perjumpaan bersama pengurusan RTM di Angkasapuri, hari ini.


Beliau berkata beberapa pembaharuan lain yang tergendala termasuk isu era digital akan diberi perhatian.

“Banyak perkara mungkin sebelum ini tergendala dan ini yang diusulkan kepada kementerian dan RTM… kita akan teliti formula yang sedang difikirkan untuk melakukan pembaharuan,” katanya. – Bernama

Kategori