Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

TPM Tekad Mahu Banteras...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk membanteras gejala...

Jelaskan RM40 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim, meminta Menteri...

Comel.. Kucing Sabar Tunggu...

MAKKAH - Aksi comel seekor kucing yang seakan-akan bersabar menunggu untuk buka puasa...

Bayi 10 Hari Mati...

SEORANG bayi malang menemui ajal Rabu lalu setelah dia digigit sebanyak dua kali...

Pembangkang Mahu Anggap Parlimen Sebagai Sarkas

KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa Anggota Parlimen (MP) pembangkang keluar daripada Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 sedang berlangsung semalam menunjukkan pihak pembangkang mahu melayan Dewan Rakyat seperti sarkas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata pembentangan bajet tahunan di Dewan Rakyat adalah merupakan urusan yang serius.

“Ini adalah peluang bagi MP pembangkang untuk mengambil bahagian dalam Bajet dan mengemukakan idea mereka kepada Dewan Rakyat jika mereka merasa mempunyai sebarang idea.

“Ia cukup buruk yang pembangkang tidak mempunyai kabinet bayangan dan Menteri Kewangan bayangan,” katanya dalam posting blog terbaharu beliau di sskeruak.blogspot.my.

Baca: Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Aibkan Imej Parlimen

Juga: Pembangkang ‘Berpecah’ – PAS, Shafie Enggan Boikot Bajet

Dalam tindakan itu beberapa Anggota Parlimen pembangkang mengangkat poster dan bertindak keluar Dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkan Bajet 2017.

Mereka yang terdiri daripada Anggota Parlimen daripada Pakatan Harapan yang mengandungi parti PKR, DAP dan PAN berbuat demikian ketika Najib yang juga Menteri Kewangan mula menyebut sesetengah pihak mendakwa Bajet 2017 sebagai sandiwara.


Salleh menegaskan sebaliknya untuk melihat bagaimana Anggota Parlimen pembangkang boleh menyumbang sesetengah idea, mereka bertindak keluar Dewan dan menunjuk perasaan.

“Tahap kematangan Anggota Parlimen pembangkang jatuh pada tahap paling rendah. Perlukah segala-segalanya dijadikan demonstrasi menunjuk perasaan.

“Sebaliknya dengan berjalan keluar pada pertengahan pembentangan bajet, mereka setidak-tidaknya tunggu selepas ia berakhir dan berbahas mengenai bajet terlebih dahulu,” tambah beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori