Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hospital Di Wuhan Guna...

WUHAN - Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk...

11 Calon Dikenal Pasti...

KUALA LUMPUR – Seramai 11 calon dikenal pasti untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai...

Malaysia Tuan Rumah Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung Persidangan Antarabangsa Parti-parti...

Google Maps Perkenalkan Sokongan...

GOOGLE Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan navigasi daripada Google yang mempunyai liputan...

Pembantu Peniaga Berdepan 7 Tuduhan Dera Anak, Satu Tuduhan Cederakan Isteri

GEORGETOWN: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tujuh pertuduhan mendera anaknya yang berusia antara lima hingga 14 tahun di kediaman mereka di Mutiara Idaman, Jelutong, di sini tahun lalu.

Selain itu, tertuduh, Mohd. Faizal Abdul Kudus, 42, juga mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Rosee Mohd. Radzuan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan isterinya yang merupakan warga Singapura, Ummu Nabilah Md. Ehwan, 42, juga di kediaman sama, tahun lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu peniaga di Pasar Tun Saardon dituduh di dua Mahkamah Sesyen secara berasingan didakwa telah mendera dengan cara menyebabkan kecederaan ke atas tubuh dan mengabaikan kesihatan enam kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di 1B-G-4, Mutiara Idaman, Solok Tengku, Jelutong di sini antara Januari hingga Disember 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mencederakan isterinya pula, Mohd. Faizal dituduh mencederakan isterinya di bahagian leher dan badan di kediaman sama, antara Januari hingga Disember tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 323 kanun yang sama, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, bagi tujuh pertuduhan mendera dan mencederaan enam kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, kedua-dua Timbalan Pendakwa Raya, Raiz Imran Hamid dan Muhammad Shahrezal Mohd. Shukry memohon mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas alasan kes itu adalah serius.


Peguam yang mewakili Mohd. Faizal, Md. Yusuf Md. Idris kemudian memohon mahkamah membenarkan jaminan kepada anak guamnya berdasarkan kepada janji yang dibuat oleh tertuduh yang mana dia tidak akan mendekati mangsa dan saksi penderaan.

Malah, Md. Yusuf berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah memohon perintah perlindungan terhadap kanak-kanak berkenaan.

Hakim Mazdi Abdul Hamid dan Hakim Norsalha Datuk Hamzah kemudian membenarkan Mohd. Faizal dijamin dengan wang jaminan keseluruhannya berjumlah RM60,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, kedua-dua hakim juga mengenakan syarat syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan yang mana jika gagal, jaminan akan ditarik balik.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan kes mencederakan isterinya, Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil meminta wang jaminan RM4,000 kepada tertuduh namun peguam yang mewakili tertuduh dalam kes itu, Muhamad Asri Abdul Hamid memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan berkenaan.

Rosee kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kes tersebut.

Bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi Mohd. Faizal mahkamah menetapkan 11 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori