Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Graduan USIM Diingatkan Tanam...

NILAI - Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diingatkan agar menanamkan aspek integriti...

Deepavali: Bekalan Di Negeri...

SEREMBAN - Keperluan bekalan makanan di Negeri Sembilan sempena perayaan Deepavali adalah mencukupi,...

Pasukan Keselamatan Tembak Mati...

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan di Lahad Datu menembak mati empat lelaki dipercayai...

5 Maut Kebakaran Pusat...

KUALA LUMPUR — Lima individu maut dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang...

Pembeli Misteri Lukisan Leonardo Da Vinci Didedah

AKHIRNYA pembeli misteri lukisan Leonardo da Vinci yang bernilai $450.3 juta didedahkan.

Beliau adalah kerabat diraja Saudi iaitu Putera Bader bin Abdullah bin Mohammed bin Farhan al-Saud.

Bader, yang tidak tersenarai sebagai pengumpul lukisan sebelum ini, telah membeli lukisan Leonardo da Vinci selepas membida dalam satu lelongan di New York. Jumlah berkenaan menjadikan ia sebagai lukisan yang paling mahal dijual di dunia.

Pembayaran akan dijalankan secara ansuran sebanyak enam kali dengan sekurang-kurangnya lima bayaran melibatkan wang sebanyak $58 juta.

The New York Times juga mengesahkan Bader membeli lukisan berkenaan ketika Arab Saudi menahan kerabat-kerabat diraja susulan dakwaan rasuah baru-baru ini. Turut ditahan ialah jutawan Putera Alwaleed.

Bader bagaimanapun tidak terlibat dalam kempen anti rasuah berkenaan yang dijalankan oleh jawatankuasa anti rasuah yang diketuai oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed.


Terdapat spekulasi Bader terlepas kerana beliau merupakan rakan baik Putera Mohammed. Bader pernah dilaporkan terlibat dalam membeli komoditi berharga sejak beberapa tahun lepas termasuk kapal layar sepanjang 440 kaki.

Beliau merupakan pengerusi Saudi Research and Marketing Group (SRMG) iaitu syarikat yang baru menandatangani perjanjian untuk pelancaran ‘Bloomberg Al Arabiya’ pada bulan September ini.

SRMG merupakan syarikat penerbitan yang terbesar di Asia Barat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori