Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Facebook Sedang Membangunkan Butang...

PENGASAS laman sosial terkemuka, Mark Zuckerberg  ketika di dalam sesi soal jawab bersama...

Pekerja Bangladesh Maut Dihempap...

LUMUT - Seorang pekerja warga Bangladesh maut akibat dihempap traktor mesin rumput yang...

Lana Nordin Serah Isu...

BARU-BARU ini kita dihebohkan mengenai isu pergaduhan besar di antara dua selebriti, Lana...

Netizen Pertikaikan Gaji Bodyguard...

DUIT berkepuk-kepuk, gaji pekerja mesti beribu riban kan? Tapi dengarnya Datuk Seri Aliff...

Pemeriksaan Haid Secara Fizikal Tak Akan Berulang – Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius dakwaan berhubung terdapat amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya komited dalam memastikan amalan itu tidak berulang, sekiranya ia benar wujud di mana-mana institusi KPM.

“Sejurus tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

“Kedatangan saya adalah Mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Radzi berkata, kehadiran beliau yang disertai Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid, juga bertujuan mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah.


“Kami akan perhalusi perkara yang dimaklumkan (dalam) perjumpaan (malam tadi). KPM sentiasa komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama.

“Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna menerusi ciapan di Twitter mendakwa seorang pelajar memberitahunya bahawa dia bersama kira-kira 30 pelajar lain berusia antara 18 dan 19 tahun telah dikumpulkan di sebuah kolej kira-kira pukul 7.50 malam pada 18 Oktober lalu bagi menjalani pemeriksaan untuk membuktikan mereka sedang dalam haid. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori