Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

“Menari Untuk Suami, Biarlah...

MAJLIS perkahwinan pastinya akan menjadi detik yang paling indah sekali bagi setiap pengantin...

Tidak Ada Keperluan Letak...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengganggap tidak ada...

Isu LGBT: Siapa Akan...

SELAIN isu kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama, YB...

UMNO Perlis Sokong Penuh...

KANGAR - UMNO Perlis menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Tertinggi (MT) memecat Tan Sri...

Peminat Anggap Alif Satar Sebagai ‘Penyelamat’

SELEPAS belasan tahun mengenal dunia seni, nama Alif Satar kini dilihat semakin kukuh bukan sahaja sebagai penyanyi dan pengacara malah pelakon.

Kemunculan Alif dalam drama terbaharu adaptasi novel berjudul Red Velvet karya Acik Lana ternyata ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya sendiri.

Biarpun ramai mengutuk heroinnya, Neelofa yang dilabel sebagai pelakon ‘kayu’, namun Alif pula dilihat memberikan aura berbeza dan dianggap sebagai ‘penyelamat’ kepada drama berkenaan.

Sehinggakan ada dikatakan sanggup menonton habis drama itu semata-mata ingin melihat lakonan bersahaja figura kacak tersebut.

Bagaimanapun, pelantun lagu Jangan Nakal ini dilihat tetap bersikap humble dengan mengatakan kejayaan drama tersebut adalah hasil kerja secara berpasukan.

“Secara peribadi, saya bersyukur apabila peminat menonton drama ini disebabkan saya. Sebagai pelakon, saya gembira apabila peminat boleh menerima lakonan saya.

“Sudah semestinya saya berbangga apabila ada yang beranggapan sedemikian.

“Namun, saya tidak melihat ia sebagai kejayaan sendiri sebaliknya lebih kepada kerja berpasukan.

“Bagi saya, kejayaan sebuah drama datangnya daripada keseluruhan produksi. Kami bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam drama ini. Begitu juga dengan semua pelakon terbabit.

“Sepanjang 11 tahun dalam industri hiburan, saya lihat setiap kejayaan diraih memang dibantu oleh pasukan yang ada. Namun, saya tetap hargai setiap pujian diberikan,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar tetap memberi kredit kepada Neelofa walaupun ramai netizen yang mengutuk gaya lakonan wanita berkenaan.

“Saya berlakon dengan Neelofa, jadi saya tahu bagaimana dia bekerja keras untuk watak diberikan. Saya beranggapan dia berjaya menghidupkan watak seperti diinginkan pengarah.

“Dia bukan suka-suka atau sengaja berlakon sebegitu. Saya kagum dengan kemampuannya untuk memberikan komitmen dalam drama ini walaupun dia terikat dengan jadual kerja lain.

“Walaupun sibuk, dia tetap berjaya menghidupkan wataknya. Apa boleh saya katakan, watak kali ini benar-benar menguji kemampuan dirinya sebagai pelakon.

BACA : Dilabel Pelakon ‘Kayu’, Neelofa Tidak Mudah Latah

“Dia memberikan satu gaya lakonan yang berbeza daripada watak sebelum ini. Pendek kata, saya okay dan tak ada masalah dengan lakonannya,” tambah Alif.

Selain itu, Alif turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia terpaksa bekerja keras demi ‘menghidupkan’ jalan cerita berkenaan disebabkan lakonan ‘kaku’ Neelofa.


“Tidak adil untuk orang bercakap sedemikian. Dahulu ketika mula berlakon, saya bukan nya terus bagus. Saya melalui satu proses yang panjang dan sentiasa belajar memperbaiki diri.

“Menerusi drama ini, tidak susah pun nak berlakon dan mencipta keserasian. Apabila semua pelakon faham watak diberikan, ia jadi lebih mudah,” katanya.

Sementara itu, sewaktu ditanya mengenai ‘drama’ cinta lokasi Alif mengakui belum pernah berdepan lagi dengan mana-mana situasi artis wanita yang ingin menggodanya.

“Tidak bermaksud saya bebas kontroversi kerana tidak bercampur dengan orang. Kalau nak tahu, di lokasi saya sangat rapat dengan semua orang.

“Bagi saya, ini semua asas yang perlu ada dalam diri. Tidak kira bujang, sudah berkahwin dan mempunyai anak, jangan sesekali cuba melakukan sesuatu yang akhirnya boleh membinasakan diri dan kerjaya.

“Dalam bekerja, saya pentingkan kualiti. Dari dahulu sampai sekarang, cara dan disiplin kerja saya sama saja.

“Habis bekerja, saya terus pulang ke rumah. Jadi, untuk terkena aura negatif memang susah. Saya sendiri sudah tahu batas,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia bernasib baik kerana sepanjang pembabitan dalam bidang seni dirinya dikelilingi oleh orang yang bersikap profesional.

“Setiap kali keluar bekerja, saya sertakan dengan niat betul. Saya sentiasa semat dalam diri, pembabitan ini untuk industri dan bukan suka-suka.

“Saya menjadikan bidang seni sebagai sumber pendapatan dan mata pencarian.

“Saya berjuang sejak zaman remaja untuk kerjaya. Saya tidak mahu rosakkan reputasi dibina dengan perkara yang tidak bagus,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Alif  kini muncul dengan single terbaru berjudul Sesungguhnya Aku ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong.

Selain itu, Alif juga dikatakan bakal menunaikan ibadah umrah bersama ibu bapanya pada 23 November depan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori