KISAH cinta ala fairy tale antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin berakhir dengan penamat yang manis sekali apabila kedua-duanya melangsungkan pernikahan Isnin lalu.
Tapi, masih ada lagi golongan yang tidak move on!
Mesti semua ingat lagi mengenai kisah cinta antara pelakon dan usahawan berjaya, Noor Neelofa dengan Fattah Amin yang telah berakhir hujung tahun lalu.
Sebabkan ramai peminat yang obses dengan ‘kisah cinta’ antara hero dan heroin drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot itu, sehinggakan munculnya hashtag #lofattah (singkatan gabungan nama Neelofa dan Fattah).
Sebelum ini, hubungan cinta mereka mencetuskan fenomena luar biasa sehinggakan ramai peminat yang obses mahukan mereka berkahwin di dalam dunia realiti.
Namun, sudah tertulis jodoh Neelofa bukanlah untuk Fattah.
Kedua-duanya kelihatan sudah redha bahawa tiada jodoh di antara mereka dan masing-masing membawa haluan sendiri; Neelofa semakin menyinar dalam perniagaannya dan Fattah pula menerima tawaran berlakon yang banyak dan bertemu jodoh pula dengan Fazura sewaktu penggambaran.
Tapi timbul pula cerita tak bagus yang diada-adakan oleh peminat fanatik zaman kegemilangan #Lofattah ini.
Kononnya, Neelofa bersedih hati diatas perkahwinan antara Fattah dan Fazura hingga ada netizen yang sanggup menyunting video lagu nyanyian Sha bertajuk Pertama Kali menjadi runut bunyi ‘perjalanan cinta’ antara Neelofa dan Fattah.
Haihh… Tak ada kerja betul lah korang ni. Banyak sangat masa terluang sampai tercetus idea nak buat benda yang buang masa macam tu kan.
Apa lah faedah yang diorang dapat lepas buat video tu? Untuk bahan ketawa ke? Atau untuk suka-suka?
Selain itu, akaun Instagram milik Neelofa juga telah ‘diserang’ oleh peminat kononnya Neelofa menangis kerana sedih diatas apa yang sudah terjadi.
Semalam, pelakon yang berusia 28 tahun itu telah memuat naik satu video yang menunjukkan keindahan Bangunan Berkembar Petronas di kota raya.
“Just looking at you makes me happy,” tulis Neelofa di ruangan caption itu.
Mungkin video itu tidak membawa apa-apa maksud. Barangkali ia bermaksud bahawa Neelofa berasa sangat lega apabila dia dapat pulang ke tanah air selepas selesai beberapa kerjanya di luar negara.
Namun, peminatnya seakan-akan salah faham dengan maksud yang disampaikan oleh pemilik Naelofar Hijab itu.
Apa lagi, peminat pun bukan main tinggalkan komen berbunyi nasihat dan meminta agar Neelofa terus tabah kerana bekas kekasihnya itu sudah mendirikan rumah tangga.
Mujur masih ada yang berfikiran rasional dan mereka menganggap bahawa posting itu langsung tidak membawa apa-apa maksud yang tersembunyi.
Harapnya Neelofa dapat bersabar diatas kerenah peminat yang terlampau obses ni. Bukan semua permintaan peminat, dapat dilaksanakan oleh selebriti itu sendiri.
Rasanya Neelofa mesti okay je kan. Yelah, semenjak kebelakangan ni dia terlampaau sibuk menghadiri undangan majlis sama ada di dalam mahupun luar negara jadi mungkin tak ada langsung masa terluang untuk memikirkan perkara remeh macam tu.
Semoga dengan pencapaian Neelofa di tahap ini, dapat menjadi contoh kepada golongan anak muda yang ingin berjaya.
Cinta bukan segala-galanya dalam kehidupan. Kalau hidup seata-mata untuk cinta, bukan boleh kenyang perut pun kan. –MYNEWSHUB.CC / AH