Peminta Sedekah ‘Terlalu Cantik’ Untuk Kerja

SEORANG wanita dari Lijiang di daerah Yunnan, China mendakwa dia “terlalu cantik untuk bekerja” dan mengambil keputusan untuk menjadi pengemis, lapor Sin Chew Daily.

Dia turut menyatakan bahawa dia pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan juruwang namun telah dibuang kerja.

Katanya lagi, jika dia menulis “Saya lapar, perlu 10 yuan untuk beli makanan” pada kadbod yang dipegang olehnya semasa meminta sedekah, mungkin ada orang yang akan bersimpati kepadanya atau dia boleh menjual tubuhnya, namun dia enggan melakukan begitu.

Sebaliknya, dia menulis: “Saya dari Hunan, cantik secara semulajadi, tiada kecacatan dan sihat tubuh badan, dan saya pilih untuk mengemis di sini daripada bekerja. Terima kasih insan-insan yang baik hati.”

Selepas gambar-gambarnya tular di media sosial republik itu, netizen meluahkan rasa simpati mereka terhadap wanita berusia 30 tahun itu.

Kata mereka, seseorang yang masih muda dan berpenampilan menarik sepertinya tidak sepatutnya meminta sedekah di jalanan dan perlu mencari kerja yang lebih bagus.

Namun, ada juga netizen yang menempelak wanita tersebut dengan mengatakan dia sebenarnya bukanlah ‘terlalu cantik’, tetapi hanya mahu mengambil jalan mudah untuk tidak bekerja seperti orang lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...