Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KL2017: 4 Wakil Negara...

KUALA LUMPUR - Empat atlet Muay Thai negara membawa harapan untuk menambah kutipan...

UMNO, BN Perlu Amal...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal relevan sepanjang masa...

Nikah Esok, Ummi Nazeera...

KURANG 24 jam menjelang hari bahagianya, pelakon Ummi Nazeera mengakui dia amat berdebar...

Letupan: Jangan Buat Spekulasi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar...

Pemohonan Nikah Fattah, Fazura Tiada Dalam Senarai?

FUHHH… Perkhabaran yang mendakwa konon pasangan, Fazura dan Fattah Amin sudah berkahwin semakin bertiup kencang nampaknya!

Spekulasi tersebut bukan sahaja menjadi perbualan orang ramai. Malah ia juga sedang hangat dibincangkan dalam kalangan wartawan hiburan tanah air.

Terbaharu, status pernikahan pasangan ini terus menjadi tanda tanya apabila Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara berkenaan.

Memetik laporan sumber, Mynewshub difahamkan kedua-dua selebriti berkenaan masih belum hadir untuk menguruskan hal berkaitan nikah kahwin di pejabat agama setempat tersebut.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh salah seorang jurucakap PAID Petaling itu yang tidak mendedahkan identitinya ketika diminta mengulas ekoran isu berkenaan.

“Kebiasaannya tiada majlis pernikahan dilakukan pada waktu berkenaan (malam). Pihak yang mahu berkahwin sepatutnya buat permohonan terlebih dahulu sebelum dinikahkan pegawai PAID,” katanya dipetik mStar Online.

Namun tambahnya lagi, sesuatu urusan pernikahan sebenarnya boleh sahaja dibuat tanpa mendapat permohonan PAID iaitu melalui khidmat jurunikah kariah masjid yang berdekatan.

Bagaimanapun, ia dilakukan secara tertutup yang kebiasaannya dibuat untuk kes tangkap basah atau khalwat bagi menutup aib pasangan dan keluarganya.

“Apa-apa pun, jika mereka (Fattah dan Fazura) benar-benar sudah bernikah, mereka perlu datang daftar di sini (jika pernikahan dilakukan di Daerah Petaling),” ujarnya.


Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan berita kononnya hero dan heroin drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini bernikah dalam diam pada malam Selasa lalu.

Beberapa media melaporkan, majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat pasangan pelakon ini sahaja.

Baca: Fattah – Fazura Bertunang, Bakal Nikah Di Makkah?

Juga: Persoalan Bakal Terjawab Lepas Balik Umrah

Apa yang lagi mengejutkan, ada sumber melaporkan para tetamu tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon bimbit ketika menghadiri majlis tersebut kerana dikhuatiri foto pernikahan itu disebarkan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pasangan berkenaan berhubung spekulasi ini.

Namun, Fattah dan Fazura memberitahu bakal mengadakan satu sidang akhbar pada 23 November ini bagi menjawab segala persoalan mengenai hubungan mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori