Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abam Bocey ‘Panas’ Dengan...

OTAI industri hiburan, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Ogy memang cukup sinonim...

Lelaki Terdesak Mahu Beli...

CHINA – Akibat terlalu terdesak untuk memiliki telefon iPhone 6 yang baru dilancarkan...

Bapa Campak Anak Untuk...

INI adalah cara belajar renang yang paling ekstrem yang diajar oleh seorang bapa...

Umat Islam Hilang Kuota...

ALOR SETAR - Umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan...

Pemuda PAS Perlis Tergores Kehadiran Zamri Vinoth

KUANTAN – Dewan Pemuda PAS Perlis kecewa kerana pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimutuhu dijemput untuk menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-60 semalam.

Wakil Pemuda PAS Perlis, Mohamad Azreen Jumri berkata, Muhammad Zamri Vinoth banyak melontarkan komen negatif kepada PAS Perlis termasuk menyalahkan mereka dalam isu pemecatan 25 imam di negeri itu.

“Kami PAS Perlis terkilan dengan Muhammad Zamri Vinoth kerana walaupun seorang pendakwah, tapi dia bercakap tidak serupa bikin. Kami dikatakan sebagai punca dalam pemecatan imam-imam di Perlis.

“Pemuda PAS Perlis ingin mencadangkan supaya kepimpinan membuat kajian siapa yang diberi ruang untuk berucap semasa sidang Muktamar bagi mengelakkan masalah pada masa depan,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Semalam, semasa hari pertama Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Zamri Vinoth diberi peluang untuk berucap sebagai tetamu jemputan.


Majlis itu turut menyaksikan seorang wakil Jabatan Amal PAS dari Perlis, Amirul Jufri Mat Saman bangun meminta penjelasan mengapa pendakwah bebas itu dibenarkan berucap. – UTUSAN ONLINE

Kategori