Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Jabatan Kesihatan P. Pinang...

BUKIT MERTAJAM - Sebuah premis pemborong kosmetik di sebuah pasar raya besar di...

Kemudahan Cuti Bersalin Elaun...

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menangguhkan kemudahan cuti bersalin dengan...

Singapura Tawar Minyak Percuma...

SINGAPURA – Bagi rakyat Malaysia yang sering berkunjung ke Singapura mungkin biasa melihat...

“Rusia Beli Iklan Promosi...

WASHINGTON - Facebook Inc. berkata, sebahagian iklan yang dibeli Rusia pada tahun lalu...

Pendakwah Ariffin Ilham Meninggal Dunia Usia 49 Tahun

GEORGETOWN – Pendakwah Indonesia, Muhammad Arifin Ilham meninggal dunia ketika mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di sini malam tadi.

Jurucakap Konsulat Indonesia berkata, Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.40 malam tadi di Hospital Gleneagles di sini.

Menurutnya, Allahyarham yang berusia 49 tahun meninggal dunia selepas menderita mengidap kanser limfoma.

“Arwah menghembuskan nafasnya malam tadi di samping keluarganya termasuk isteri dan ibunya.

“Mayat arwah kini sedang diterbangkan ke Jakarta, Indonesia untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Az Zikra, Cibadung, Gunung Sindur, Bogor,” katanya ketika dihubungi tadi.

Sementara itu, berita sedih tersebut turut dimaklumkan anak arwah, Alvin Faiz melalui akaun Instragramnya.

Dalam postingnya itu, dia menulis arwah bapanya telah meninggal dunia malam tadi dan memohon agar semua pihak yang pernah berurusan dengan Allahyarham mengampunkan kesalahannya sebelum ini.


Difahamkan, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Al-Munauwar, Jalan Kelawei di sini sebelum diterbangkan ke negara kelahirannya untuk dikebumikan.

Allahyarham merupakan pendakwah terkenal Indonesia dan lahir pada 8 Jun 1969 di Banjarmasin.

Beliau yang merupakan anak kedua dari lima beradik menceburkan diri dalam ceramah agama sejak 1980 an di negara asalnya. – Sinar Harian

Kategori