Pendakwah Selebriti Direman Lagi

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini untuk permohonan reman oleh pihak polis, hari ini.

Suspek yang dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga tiba di hadapan pintu masuk mahkamah pada jam 10.30 pagi dengan diiringi dua anggota polis.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Bilik Reman di tingkat satu kompleks bangunan mahkamah.

Suspek direman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung dua laporan polis yang diterima berkaitan kes rogol, gangguan seksual dan seks luar tabii terhadapnya yang berlaku di daerah ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis Petaling Jaya menerima dua laporan polis terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul dan seks luar tabii. – myMetro Online