Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Rugi RM50K...

APA malang nasib Datuk Seri Aliff Syukri? Selepas reda kontroversinya dalam Gegar Vaganza...

34 Cedera, 1 Parah...

PUTRAJAYA - Seramai 35 pekerja asing cedera termasuk seorang dilaporkan parah apabila bas...

Tak Rela Dimasak, Ketam...

ANTARA makanan laut yang tentunya menjadi kegemaran ramai adalah ketam. Haiwan laut itu...

Semangat Perpaduan Tidak Boleh...

DUNGUN - Semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin dan anggota UMNO perlu melekat dalam...

Penerbit ‘Rambo’ Meninggal Dunia

BUDAPEST – Penerbit filem Hungary, Andrew G Vajna, yang bertanggungjawab menerbitkan ‘Rambo’, ‘Evita’ dan beberapa filem terkenal antarabangsa, meninggal dunia di kediamannya di ibu kota negara itu semalam kerana sakit.

Vajna menerbitkan 59 filem termasuk Evita pada 1996 yang dibintangi Madonna dan tiga filem pertama Rambo lakonan Sylvester Stallone.

Beliau dilahirkan di Budapest pada 1944 dan pada usia 12 tahun, ketika revolusi Hungary menentang pemerintahan Soviet pada 1956 dipatahkan, Vajna meninggalkan negara itu dan berhijrah ke Kanada dengan bantuan Palang Merah.

Vajna bersatu semula dengan keluarganya di Los Angeles.

Filem komedi yang diterbitkan pada 1997, berdasarkan persembahan bertajuk Out of Order ditulis oleh penulis Inggeris, Ray Cooney, memegang rekod penjualan tiket dalam kalangan penerbit filem Hungary selama dua dekad.

Sejak 2011, beliau bertugas sebagai Pesuruhjaya Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Viktor Orban, mengetuai usaha menghidupkan semula sinema Hungary.


“Kami mengucapkan selamat jalan kepada penerbit filem Hungary paling hebat.

“Hasta la vista, Andy! Terima kasih atas segala-galanya, sahabatku!” kata Orban dalam laman Facebook beliau. – Reuters

Kategori