Penganggur Didakwa Bunuh Dua Beradik Dalam Insiden Kebakaran Di Rumah

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, atas dua pertuduhan membunuh dua beradik dalam satu insiden melibatkan kebakaran di rumah mereka di Kampung Baru Kundang, Rawang dekat sini, September lepas.

Mohd Fauzi Selamat, 46, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Fauzi didakwa membunuh seorang remaja perempuan, B. Diviyah, 19, dan adik lelakinya yang berumur tiga tahun, B. Visnu di rumah mereka di Jalan Tambahan 2, Kampung Baru Kundang, Rawang dekat sini, antara 10.10 pagi dan 10.40 pagi, pada 14 Sept 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Turut hadir dalam prosiding itu, peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa Mahendren Naidu.

Ketika ditemui media di perkarangan mahkamah, ibu bapa mangsa P. Chitra devi dan T. Balan masing-masing berusia 48 tahun yang menangis teresak-esak berkata mereka mahu keadilan ke atas apa yang berlaku terhadap anak mereka.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...