Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berhabis Untuk Plat BMW:...

KUALA LUMPUR - Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan mempersoalkan mengenai...

Trak Malaysia Buat Palu...

KOTA PALU- INDONESIA - Senyuman manis terukir di wajah penduduk dengan kehadiran 10...

Rakyat Malaysia Sembuh COVID-19...

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang koma selama 45 hari akibat COVID-19...

TMJ Cadang Tutup Pusat...

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan tiga langkah bagi...

Penganjur ‘White Party Bangkok’ Patut Disekat

PIHAK berkuasa digesa mengambil tindakan keras terhadap penganjur pesta tarian gay besar-besaran, White Party Bangkok yang didakwa bakal diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Baca: Pesta Tarian Gay Besar Besaran Di Kuala Lumpur

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, program tidak berfaedah berkenaan perlu diharamkan kerana ia dianggap mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Tambah beliau, pihak penganjur dianggap seolah-olah tidak menghormati budaya negara ini yang terkenal dengan mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan yang baik.

“Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia dan lain-lain agama boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini menunjukkan penduduk di negara ini majoriti adalah Islam.

“Kewujudan gerakan politik yang agak ekstrem akhir-akhir ini membawa bersama tabiat buruk merosakkan akhlak seperti seks golongan sejenis dan perlakuan seks bebas.

“Mereka sudah berani mengadakannya di dalam negara secara terbuka,” katanya dipetik laporan sebuah portal. Sementara itu, Musa akui kesal dengan sikap pihak penganjur yang dilihat ‘ada udang di sebalik batu’.

Kedegilan mereka seolah-olah mempunyai muslihat tersirat untuk menjadikan situasi negara ini huru-hara selain menyokong aktiviti tidak sihat.


Oleh itu, Musa menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

Sekiranya, gejala seperti ini tidak dibendung segera, ia kan menyebabkan pelbagai perkara buruk lain seperti kes jenayah berleluasa pada masa akan datang.

“Jika aspek keselamatan ketika pesta gay itu tidak dikawal dan sesuatu berlaku, ada potensi berlaku kekecohan dan jenayah lain juga akan berlaku seperti pergaduhan.

“Perbuatan menagih dan mengedar dadah juga mungkin akan berlaku dengan berleluasa pada program itu nanti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori