Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Langkah Mahathir Cetus Kebimbangan...

GERAKAN oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak memegang tampuk pemerintahan di...

Ismail Sabri Mahu Promosi...

SHAH ALAM - Pengurusan MARA Digital di Anggerik Mall perlu lebih aktif mempromosikan...

Penganggur Belasah Lelaki Jumpa...

ALOR SETAR - Akibat cemburu, seorang penganggur membelasah seorang lelaki menggunakan senjata tajam...

50 Anak Autisme Jalani...

SANDAKAN - Seramai 50 anak istimewa autisme menerima rawatan pemulihan di Unit Pemulihan...

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini, kerana sakit tua.

Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata bapanya yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada 5.06 petang.

Datuk Ameer Ali Mydin
Datuk Ameer Ali Mydin

“Bapa saya dibawa ke hospital kerana muntah-muntah selepas pulang dari kedai (Mydin) di Masjid India selepas waktu Zohor tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Mont Kiara selepas solat Zohor pada Rabu, setelah kepulangan anak bongsu Allahyarham yang menetap di Amerika Syarikat.

Lahir di Pulau Pinang pada 1928, Allahyarham meninggalkan isteri Rowshan Bai, 80, serta tujuh anak.

Ameer Ali berkata syarikat Mydin diasaskan arwah bapanya di Kota Baharu, Kelantan pada 1957.


“Arwah merupakan seorang yang sangat berdisiplin dan menepati waktu semasa berurusan dengan orang lain terutama dalam urusan perniagaan.

“Arwah juga sering mengingatkan anak-anaknya supaya makan duit yang halal dengan menjalankan perniagaan yang jujur,” kata Ameer Ali yang merupakan anak ketiga Allahyarham. – BERNAMA

 

AL-FATIHAH

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mydin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori