Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PTPTN Sasar Kutipan Balik...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan jumlah bayaran balik oleh peminjam Perbadanan...

Chae Won Fail Tindakan...

BINTANG Korea Selatan, Moon Chae Won mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap kenyataan palsu...

Little Caliphs Terima Pengiktirafan...

SHAH ALAM – ‘Program Little Hajj 2017’ yang disertai 5,684 kanak-kanak daripada Tadika...

Muhyiddin, Mukhriz Mungkin Sertai...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang...

Pengeluar Arak Timah Mohon Seminggu Untuk Tukar Nama

KUALA LUMPUR – Pengeluar arak tempatan jenama Timah memohon tempoh seminggu bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan kerajaan dengan syarikat pengeluar arak terbabit, Winepark Corporation (M) Sdn Bhd.

“Melalui perbincangan yang diadakan, syarikat ini memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.

“Perkara ini adalah antara hasil keputusan yang dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama kerajaan semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexander berkata, pihaknya mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama Timah yang dibincangkan di media elektronik dan sosial sejak dilancarkan awal Oktober lalu.

“Saya mempengerusikan mesyuarat ini yang turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Selain itu, mesyuarat secara hibrid ini turut dihadiri Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Abdul Wahid Abu Salim, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Abdul Haris Lakar, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.


Menurutnya, pertemuan itu diadakan dalam suasana harmoni dan menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara.

“Pertemuan ini juga adalah susulan pertemuan pertama yang diadakan antara syarikat Winepak bersama MyIPO pada 25 Oktober lalu,” katanya.

Arak Timah menjadi kontroversi berikutan jenamanya dianggap berkaitan nama orang Melayu dan Islam iaitu ‘Fatimah’ tetapi syarikat pengeluarnya mendakwa ia merujuk kepada bijih timah.

Label pada botol arak itu juga menggunakan paparan lelaki berjanggut dan memakai kopiah dipercayai Kapten Tristram Speedy yang juga seorang kapten polis di Larut, Perak pada 1870-an.

Malah, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor turut menggesa kerajaan supaya mengarahkan syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan untuk segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar pada botol yang digunakan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori