Pengemis ‘Sedih’ Raih RM10,000 Sebulan

JOHOR BAHRU – Dengan bermodalkan wajah sedih, setiap pengemis yang aktif di persimpangan lampu isyarat di bandar ini dipercayai mampu meraih RM300 sehari atau RM10,000 sebulan.

Mereka juga sering berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain serta menjalankan kegiatan tersebut hanya pada waktu tertentu bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, berdasarkan siasatan, golongan terbabit melakukan kegiatan itu berikutan masalah kewangan.

“Ini termasuk tidak mempunyai pekerjaan tetap, ketagihan alkohol dan bekas penagih dadah.

“Mereka memilih untuk melakukan aktiviti mengemis di lampu isyarat kerana mampu mendapatkan hasil lebih lumayan.

“Malah, lokasi berkenaan juga lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri jika terserempak dengan kenderaan penguat kuasa terutama ketika berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya.

Mengulas lanjut, Normawarni berkata, pihaknya menerima 10 aduan orang awam berkaitan aktiviti mengemis di persimpangan lampu isyarat di beberapa lokasi di bandar raya ini, sejak tahun lalu hingga Januari tahun ini.

Beliau berkata, berdasarkan aduan diterima, JKM bertindak menyelamatkan semua mereka.

Menurutnya, penahanan turut membabitkan dua wanita Rohingya berusia 30-an bersama empat kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga tiga tahun, selain seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) fizikal dari Vietnam.

Katanya, pihaknya turut menyelamatkan tiga lelaki tempatan berusia antara 50 hingga 60-an.


“Tiga lelaki itu yang diselamatkan berstatus warganegara dan pernah melakukan kesalahan mengikut Akta Orang-Orang Papa 1977 pada 2016.

“Ketika itu mereka dibebaskan dengan amaran tidak melakukan kesalahan sama. Namun berikutan masih mengulangi kesalahan, mereka dihantar ke institusi kebajikan bagi menjalani pemulihan yang sesuai pada tahun lalu,” katanya.

Normawarni berkata, JKM tiada maklumat membuktikan bahawa kumpulan pengemis berkenaan dilindungi sindiket tertentu.

Menurutnya, kebanyakan individu yang diselamatkan didapati melakukan aktiviti mengemis bagi kegunaan diri sendiri termasuk ada yang mampu mengumpul hasil mengemis RM300 setiap hari.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan aktiviti berkenaan di daerah Johor Bahru boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru di talian 07-2232606 atau melaporkan di Talian Nur di 15999.

“Kami berharap orang ramai tidak mudah simpati kerana ia mendorong golongan berkenaan memilih jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan dan terus menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya. – myMetro Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...