Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Semua Jemaah Haji Malaysia...

MAKKAH - Kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia dijangka tiba di Arafah malam ini...

Mahkamah Rayuan Batal Pertuduhan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan dikenakan terhadap pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah...

Sukan Asia: Malaysia Terima...

PUTRAJAYA - Malaysia menerima keputusan Jawatankuasa Sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak...

Anuar Zain Hilang Suara,...

PENYANYI terkenal Anuar Zain kini dikhabarkan mengalami masalah kehilangan suara. Berikutan itu, Konsert Yonder Music...

Pengerusi Felda Akui Tiga Tanah ‘Hilang’

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berisiko kehilangan hak ke atas tiga bidang tanah yang bernilai sekitar RM250 juta, yang terletak di Jalan Semarak, di sini, disebabkan perpindahan hak milik melalui “transaksi yang diragui” pada tahun 2015.

Baca: FELDA Mahu Ambil Semula Tanah, Kenakan Tindakan

Laporan berita depan akhbar Berita Harian hari ini mendedahkan bahawa tanah itu kini sedang dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), yang melibatkan tujuh menara – termasuk “menara Felda” yang dikenali sebagai KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat yang mempunyai 59 tingkat ruang pejabat dan sebuah helipad.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, beliau tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain.

“Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA),” katanya kepada BH Online lewat petang tadi.

Kata Shahrir, keseluruhan kawasan milik FELDA itu bernilai lebih RM270 juta, namun hanya sebahagian kecil tanah dikenali SPA3 masih di bawah nama FELDA, manakala tiga SPA lain iaitu SPA1, SPA2 dan SPA4 bernilai keseluruhan lebih RM250 juta sudah bertukar tangan, memetik laporan BH Online.

“Kita bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju KLVC dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai agensi yang meluluskan pindah milik tanah itu.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak uruskan perkara ini, apa yang kita mampu buat adalah cuba meletakkan Kaveat Persendirian, Februari lalu apabila dapat tahu hal ini berlaku untuk menghalang semua transaksi,” katanya dalam pertemuan eksklusif BH itu.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan tanah FELDA bertukar tangan apabila ditunjukkan Catatan Carian Persendirian Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bertarikh 1 November 2017 oleh BH.

Catatan itu menunjukkan nama pemilik bagi lot 390 atau dikenali SPA1 adalah milik sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pemaju KLVC dan bukan lagi FELDA.


Shahrir juga pelik apabila usaha pihaknya meletakkan Kaveat Persendirian pada 28 Februari lalu ke atas tanah itu dihalang atas alasan FELDA tidak berhak, kerana pemaju memiliki semua dokumen sah untuk pendaftaran.

Kaveat Persendirian adalah kaveat yang dimasukkan oleh individu atau badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah bagi menyekat atau menghalang sebarang urus niaga tanah itu, termasuk dipindah milik dan hanya boleh ditarik balik menerusi perintah mahkamah.

“Lembaga Pengarah FELDA terpaksa meminta bantuan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bantu meletakkan Kaveat Persendirian dan berjaya pada 14 April lalu,” katanya lagi.

Apabila ditanya jika terdapat pihak yang terbabit dalam urus niaga itu, Shahrir berkata: “Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuat audit, jadi soal kesilapan mana-mana pihak akan diketahui kelak, termasuk individu yang terbabit dalam meluluskan transaksi,” katanya.

Shahrir telah membuat satu sidang akhbar untuk menjelaskan perkara tersebut pada jam 4 petang lalu. – MYNEWSHUB.CC/BH Online

Kategori