Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2016 Diharap Mesra...

TAWAU - Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berharap...

ADUN Selat Kelang Dikompaun...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid...

Peluang Besar Buat Anwar...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) sudah pun menamakan Ketua Umum PKR Datuk...

Rogol Budak: Lelaki Myanmar...

SHAH ALAM - "Harapkan pagar, pagar makan padi." Begitulah halnya dengan seorang lelaki...

Tingkat Taraf Pendidikan Dapat Naik Tahap Kehidupan

ISTANBUL (Turki) – Insan yang bercita-cita menikmati kehidupan yang baik harus berusaha meningkatkan tahap pendidikan mereka, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah peluang untuk mendapat pekerjaan lebih baik adalah melalui pendidikan selain kemahiran tahap tinggi.

“Selaras dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat melalui pendidikan, golongan pendidik juga perlu meningkatkan ilmu pengetahuan supaya berupaya menyampaikan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkualiti,” titah baginda.

Baginda bertitah selepas berangkat mengunjungi Sekolah Tinggi Beyoglu Anadolu Imam Hatib di Istanbul, Turki, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Tuanku Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) disambut Pengetua sekolah kluster berprestasi tinggi itu, Mahmood Jilik.

Turut hadir mengiringi baginda ahli-ahli majlis MAIPs iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Izmi Ismail dan Dr Juanda Jaya.


Izmi yang bercakap kepada media kemudian berkata maklumat atau ramuan kecemerlangan yang dikongsi oleh pengurusan sekolah tersebut akan diaplikasikan di Perlis.

“Amalan baik sistem persekolahan di sini akan disesuaikan dengan cara kita bagi meningkatkan minat pelajar,” tambahnya.

Tuanku Syed Faizuddin berada di Istanbul bagi merasmikan ‘Seminar Warisan Nabawi 2018’ (SWAN 2018) yang dianjurkan melalui kerjasama International University for Renewal (IUR) Turki dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). – BERNAMA

Kategori