Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Mesti Sokong...

KUALA LUMPUR - Semua umat Islam bertanggungjawab menyokong penuh pindaan Rang Undang-Undang Akta...

Kes 1MDB: Rayuan Tun...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad...

Gempa Lemah Berlaku Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku pada pukul...

Aishah Seram Dikacau Makhluk...

BONGKAR... Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Aishah memaklumkan...

Penipuan Guna Nama LHDNM Suatu Bencana

KES penipuan sindiket menggunakan nama jabatan atau agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) suatu bencana.

Bencana kepada negara yang perlu dibanteras habis-habisan kerana begitu ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsanya.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kelmarin mendedahkan 1,421 kes jenayah seperti itu dilaporkan dari Januari hingga 15 September lalu.

Melibatkan kerugian berjumlah RM57.37 juta wang orang ramai yang terpedaya dengan modus operandi penipuan itu.

Modus operandinya mudah sahaja. Langsung tidak sesukar seperti yang kita dipertontonkan dalam filem Hollywood Ocean’s Eleven.

Sekadar menghubungi mangsa dan menyamar sebagai LHDNM, polis, mahkamah, Kastam Diraja (KDRM) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menakutkan mangsa dengan mendakwa terlibat dalam siasatan kes jenayah dan mangsa akan diarah untuk menyerahkan maklumat perbankan.

Baca: Modus Operandi Penyamar LHDN

Kemudian mengarahkan mangsa memindahkan wang ke akaun bank pihak ketiga (keldai akaun) yang kononnya milik pegawai bank negara bagi tujuan siasatan.

Dan mangsa pun menyerahkan wang kepada sindiket tersebut. Betapa senangnya gerak kerja jenayah ini. Cuma bermodalkan ‘air liur’.


Seperti yang Mynewshub katakan jenayah ini mudah berlaku disebabkan sebilangan anggota masyarakat kita kurang peka terhadap perkembangan semasa.

Sudah banyak kali modus operandi penipuan ini didedahkan oleh pihak berkuasa termasuk LHDNM, tetapi natijahnya masih ramai terpedaya.

Perkara paling asas untuk menghindari diri menjadi mangsa adalah mengetahui bahawa pihak berkuasa tidak sesekali akan berurusan melalui panggilan telefon terutamanya melibatkan siasatan.

Jabatan kerajaan akan hanya berhubung melalui telefon untuk membuat janji temu dan urusan lanjut akan dibuat di pejabat kerajaan berkaitan.

Dan paling penting tiada siapa boleh memaksa anda berkongsi maklumat kewangan atau perbankan kepada mana-mana pihak kecuali dengan arahan perundangan yang nyata. – Mynewshub.TV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori