Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Elak Sikap Selesa Dalam...

SHAH ALAM - Ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal mengingatkan pemainnya supaya...

Polis Gempur 6 Sarang...

POKOK SENA - Polis menahan 81 individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 15...

Lim Guan Eng Harus...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng patut menyalahkan diri...

Rumah Pegawai Kanan SPRM...

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah teres dua tingkat milik seorang pegawai kanan Suruhanjaya...

Pensijilan MeSTI Bantu Usahawan PKS Perluas Pasaran Produk

HARI ini, Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd. merupakan antara nama besar dalam perniagaan makanan sejuk beku. Ianya selaras dengan usia perniagaan ini yang sudah pun melebihi 20 tahun.

Bagaimana pun, tak mungkin kejayaan datang bergolek begitu sahaja, begitu juga apa yang dilalui oleh pemilik Fatihah Frozen, Hajah Fatihah Anis Ibrahim, 53. Antara punca utama perniagaannya mencapai tahap membanggakan adalah usaha wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sendiri yang tak pernah putus asa mahu memajukan diri dan apa sahaja yang diusahakannya.

Bermula daripada minat berniaga yang dipupuk sejak di bangku sekolah dengan menjual jambu, kain batik dan tupperware kepada rakan sekelas, Fatihah yang memiliki semangat juang tinggi muncul selaku usahawan wanita Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) pertama di Malaysia mengusahakan makanan sejuk beku yang menggunakan mesin untuk pemprosesan produk.

Daripada produk yang dihasilkan dalam skala terhad di rumah cuma, Fatihah Frozen berpindah ke lot kedai di Jalan Raja Alang, Kampung Baru pada 1994 dan hari ini, sudah pun memiliki kilang sendiri di Batu Caves, Selangor.

DSC_3255

Produk keluaran Fatihah Frozen terdiri daripada kuih muih yang biasa dinikmati rakyat Malaysia dan memenuhi kehendak selera masyarakat kebanyakan. Antaranya karipap pusar, gulungan sardin, aiskrim goreng, murtabak mini, roti paratha, roti paratha durian, cakoi, penkek dan samosa.

Keistimewaan kuih muih ini, ianya bukan sahaja mudah, cepat disediakan dan sedap malah tidak mempunyai bahan pengawet. Paling menjadi kegemaran pengguna adalah karipap pusar yang kekal rangup biarpun selepas beberapa jam digoreng dan roti paratha durian yang merupakan pertama seumpamanya dihasilkan secara komersial.

Keunikan rasa roti paratha durian ini juga, menjadikannya produk yang mendapat permintaan menggalakkan untuk pasaran China. Ternyata produk tempatan yang diubahsuai resepinya ini mampu menambat selera rakyat asing. Kelazatan karipap pusar juga membuatkan Istana Brunei pernah menempah kuih ini dalam kuantiti besar untuk sajian di majlis Tadarus dan sambutan Hari Raya di sana.

Selain China dan Brunei; produk Fatihah Frozen turut dieksport ke Singapura, Jerman, New Zealand dan Australia.

PENSIJILAN BANTU LUASKAN PASARAN

Sejak awal bergelar usahawan lagi, Fatihah sentiasa mencari jalan melebarkan perniagaan. Menyedari kaedah konvensional boleh membantutkan langkah untuk terus mara dan bersaing dengan pengusaha lain, ibu tunggal ini merebut peluang yang disediakan kerajaan untuk membantu usahawan sepertinya.


Antaranya termasuklah menghadiri kursus, memohon dana kewangan serta memperoleh khidmat nasihat daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Fatihah juga berusaha untuk memiliki pelbagai pensijilan bagi membuktikan kualiti produk yang dikeluarkan syarikatnya termasuk Pengiktirafan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) dan Pensijilan Halal pada 2011, Pensijilan MeSTI (2012) dan Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) pada 2013.

Sequence 367 6

Sequence 367 5
Pekerja sedang memproses produk makanan di kilang Fatihah Frozen yang mendapat Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Pensijilan MeSTI dan GMP terutamanya telah memainkan peranan besar bagi memudahkan syarikatnya melebarkan sayap ke luar negara, sekaligus melonjakkan keuntungan sehingga berlipat kali ganda.

“Syarat dikenakan untuk memperoleh Pensijilan MeSTI agak ketat namun kakitangan KKM sentiasa membantu usahawan PKS yang ingin mendapatkannya menerusi khidmat nasihat dan bimbingan percuma, termasuk datang ke premis bagi memberi tunjuk ajar sehinggalah ianya berjaya diperoleh.

“Pensijilan MeSTI amat berharga kerana ia memudahkan pengusaha mendapat pensijilan GMP selepas itu yang sangat diperlukan untuk memasarkan produk di peringkat antarabangsa,” kata Fatihah.

BACA: PENSIJILAN MeSTI BANTU PENGUSAHA MAKANAN PKS

Kejayaan memperoleh pensijilan MeSTI turut membantu Fatihah Frozen mendapatkan pensijilan lebih tinggi dan diimpikan ramai usahawan iaitu MS 1500:2009 selain melayakkan produk syarikat ini dipasarkan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, kiosk-kiosk sekitar Bangi dan Shah Alam serta pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan Aeon Big.

“Fatihah Frozen mengucapkan terima kasih kepada KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan atas bimbingan diberikan sehingga kami memperoleh pensijilan MeSTI. Pensijilan ini membuka peluang kepada kami untuk memperluaskan pengedaran produk di pasaran tempatan dan memudahkan kami mendapat pensijilan GMP bagi menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya menyeru usahawan PKS lain agar turut merebut peluang keemasan mendapatkan pensijilan MeSTI yang amat bermanfaat untuk perkembangan bisnes anda, apatah lagi ianya diberikan secara percuma,” ujar usahawan wanita Melayu yang boleh dibanggakan ini, sebelum mengakhiri pertemuan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori