Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Penumpang Korean Air Cemas...

PESAWAT Korean Air yang membawa lebih 150 penumpang berdepan detik cemas selepas juruterbang...

PRK Seri Setia: Halimey...

PETALING JAYA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Agong Kurnia Watikah Lantik...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini mengurniakan watikah...

Lawatan Mengejut Perdana Menteri...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan...

Penumpang Kena Gigit Lipan Dalam Pesawat Oman Air

MUSCAT – Pesawat Omar Air yang dijadual ke London terpaksa menunda penerbangan lebih sejam gara-gara seorang penumpang kena gigit lipan ketika berada dalam kapal terbang itu.

Syarikat penerbangan berkata, lipan itu berada dalam poket jaket penumpang terbabit.

“Sejurus selepas kejadian, kru Oman Air mendapatkan bantuan perubatan dan penumpang terbabit dibawa mendapatkan rawatan dengan diiringi keluarganya,” menurut kenyataan. Oman Air meminta maaf kepada penumpang kerana kejadian itu.

Ketika kejadian, mangsa dari sebuah negara Asia Tenggara adalah penumpang transit.

“Penerbangan WY 101 berlepas selepas ditangguhkan sejam 18 minit,” tambah syarikat penerbangan.


Menurut perkhidmatan kawalan serangga Orkin, yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, walaupun sengatan lipan menyakitkan, ia jarang menyebabkan kematian.

Gejala sengatan bergantung kepada tahap alahan dan saiz haiwan itu. – Agensi

Kategori