Penuntut UM Tak Mengaku Buat Kenyataan Jelik Terhadap TMJ

JOHOR BAHRU : Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari atas tuduhan membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kerabat diraja, awal tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Muazz Ishak, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman Twitter “@muazzishak” di pautan https://twitter.com/muazzishak.

Perbuatan itu dilakukan di alamat No. 14, Kampung Parit Jamal, Benut, Pontian, pada 5 Februari tahun lalu.

Bagi perbuatan itu, pemuda itu didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan selain boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Idayu Salim manakala tertuduh diwakili peguam, Muhd. Valantino Ifni Ho Ridzuan.


Pihak pendakwaan menawarkan tertuduh dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Namun, peguam bela tertuduh memohon jaminan yang minimum memandangkan anak guamnya masih belajar di tahun tiga jurusan Sains Sosial peringkat Sarjana Muda di universiti awam terkemuka itu.

Hujahnya, tertuduh juga mengalami masalah kewangan setelah tidak mendapat biasiswa mahupun pinjaman pendidikan dan terpaksa bekerja sambilan di sebuah kafe selama lima hari seminggu.

Menurut Muhd. Valantino, sebelum ini anak guamnya pernah dijamin RM3,500 bagi pertuduhan melibatkan kesalahan yang berbeza ketika dituduh di Mahkamah Sesyen, pada 28 April tahun lalu.

Hakim membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Februari sebagai tarikh sebutan semula.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...