Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

HSA: Kisah Doktor Bantu...

JOHOR BAHRU - Pakar bedah am, Dr. Narendra Balasekaran berada di aras empat...

Pekerja Keretapi India Digesa...

NEW DELHI - Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Keretapi India telah menggesa anggotanya melancarkan mogok...

Keluarga Mangsa Tanah Jerlus...

KUALA LUMPUR - Keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pulang...

VIDEO: Inilah Persembahan Majlis...

LAZIMNYAƃā€šĆ‚Ā majlis konvokesyen atau graduasi akan dipenuhi dengan protokol yang perlu dipatuhi semua pelajar...

Penyanyi Buta Hidupkan Muzik Nostalgia Thailand

SAMBIL lancar memainkan gitar dan disokong seorang pemain drum, Singhkum Boonriang cuba menyanyikan beberapa buah lagu popular Thailand pada satu petang di kawasan sibuk Bangkok.

Namun Singhkum bukanlah penyanyi jalanan biasa, dia adalah salah seorang daripada ratusan penyanyi buta yang melakukan kegiatan itu di seluruh ibu negara Thailand khususnya di simpang lalu lintas dan perhentian skytrain.

ā€œIa lahir daripada rasa cinta saya untuk bermain muzik dan menyanyi,ā€ Singhkum menerangkan sambil duduk di hadapan sebuah kotak yang kecil.Ā Dibantu oleh alat pembesar suara, dia berharap untuk menarik perhatian ramai.

Pada masa sama dia mahu mengutarakan beberapa isu. Memulakan kegiatan busking itu sejak berusia muda lagi, dia namun aktif beraksi di tepi jalan empat tahun yang lalu ketika dia berpindah ke Bangkok dari utara negara itu.

ā€œApabila saya mula-mula tiba di sini, saya mendengar banyak pemuzik jalanan yang bermain muzik di ruangan awam dan saya suka menyanyi, oleh itu saya ingin mencubanya,ā€ kataĀ Singhkum kepada agensi berita AFP.

Ramai penyanyi buta di sekitar Bangkok yang berasal dari kawasan daerah miskin dan penempatan desa serta datang ke ibu negara tersebut untuk mencari pekerjaan sesuai. Tetapi pilihan mereka adalah sangat terhad.

ā€œAda dua atau tiga pekerjaan yang boleh kami buat, seperti jual tiket loteri, menyanyi atau perkhidmatan urut,ā€ kata Yupin Boonchuen yang berusia 50 tahun dan meraih kira-kira 1,000 baht (RM125) sehari di luar stesen skytrain.

Sikap terhadap pengemis dan persembahan jalanan adalah samar-samar di Thailand, malahan sesetengah penduduk beranggapan bahawa mereka ini dilihat sebagai karma buruk daripada kehidupan asal sebelumnya.

Pekerjaan seperti itu juga membawa kepada stigma sosial, iaitu penyanyi jalanan dilihat sebagai pengacau yang sering lari daripada ‘dikejar’ pegawai penguatkuasaan majlis bandar raya tempatan ketika operasi serbuan.

ā€œKadang-kadang saya rasa, kenapa mereka tidak beri peluang kepada saya? Saya sedih kerana mereka tidak beri peluang untuk saya menunjukkan bakat,ā€ kata Yupin.Ā Namun ada melihat individu ini sebagai satu cara unik.

Golongan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan ini bahkan boleh memperoleh manfaat besar dalam kehidupan mereka yang akan datang sekali gus meneruskan kehidupan di negara majoriti penganut Buddha ini.

Kebanyakan penyanyi jalanan terbabit lazimnya dilengkapi dengan alatĀ mandolin tradisional dan seruling buluh, yang boleh membawa para pendengar untuk cuba mendengar kembali alunan muzik tempatan masa lalu.

ā€œMereka sebenarnya sebahagian daripada budaya rakyat negara ini. Setiap alunan muzik menimbulkan nostalgia, jadi saya fikir ia mempunyai tarikan yang kuat di hati penduduk Thailand,ā€ jelas Philip Cornwell Smith.

Beliau yang juga pengarang prolifik buku mengenai budaya Thailand itu menambah, sikap dan pandangan rakyat negara tersebut juga mungkin akan berubah disebabkan oleh pembaharuan dari sudut yang agak mustahil.


Pentadbiran junta tentera yang telah berjaya meraih kuasa pada tahun 2014 bahkan telah menolak peraturan baharu yang mahu mengasingkan tunjuk ajar jalanan dari pengemis dengan memberikan pula mereka sejenis kad ā€˜bakatā€™.

Penduduk Thailand yang ingin melakukan kerja bagi mendapatkan wang di ruang awam kini boleh daftar dengan pihak berkuasa dan bermain muzik secara sah.Ā Sehingga ke hari ini, lebih daripada 2,000 orang telah mendaftar.

Majoriti memilih menjadi penghibur jalanan dan sebahagian besar terdiri daripada penyanyi buta.Ā Pihak kerajaan juga mula menawarkan kelas muzik dan kelas fesyen untuk membantu penyanyi OKU ini mengasah kemahiran.

Kursus latihan selama dua hari diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di Bangkok dan telah menyaksikan sekitar 300 penghibur buta di seluruh negara memperkembangkan lagi kemahiran mereka untuk persembahan.

ā€œProjek ini berusaha untuk tidak meninggalkan sesiapa sahaja di belakang,ā€ kata Pengarah Jabatan Pembangunan Sosial dan Kebajikan, Napa Setthakorn, yang bertanggungjawab dalam menjalankan program khas tersebut.

Namun, ketika aliran perundangan terbuka, jumlah penyanyi jalanan semakin meningkat, termasuk pemuzik muda yang ingin menempa nama. Akibat pertambahan semakin meningkat, purata pendapatan akan sentiasa menurun.

Singhkum, gitaris di Taman Lumpini berkata bahawa sejak beberapa hari ini, dia tidak memperoleh cuku wang untuk menampung perkhidmatan ā€˜pick-upā€™ dua hala yang dia perlukan dan caperon yang menemani perjalanannya.

Malah jika pertunjukan ini tidak berjalan dengan begitu baik, dia tidak pasti di mana lagi halanya.Ā Dia bertanya, ā€œBerapa banyak peluang yang disediakan oleh masyarakat kita untuk mereka yang OKU?Ā Saya fikir sedikit.

“OKU boleh melakukan begitu banyak perkara tetapi penerimaan dari masyarakat masih lagi rendah,ā€ kata pemain gitar berusia 28 tahun itu.Ā Ā Keinginannya adalah untuk melihat dirinya sebagai seorang pemuzik.

Dia menegaskan bahawa mereka meskipun sebagai OKU tetapi mahu penduduk yang normal untuk melihat diri golongan tersebut sebagai melakukan pekerjaan bukan untuk meraih simpati. ā€“ Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori