Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ubah Sikap Anggota Parlimen...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan transformasi Parlimen perlu dimulakan anggota-anggota Parlimen itu sendiri yang...

Tiga Pengedar Dadah Warga...

JAKARTA - Polis Indonesia menangkap tiga rakyat Malaysia kerana terbabit sindiket pengedaran dadah...

Ketibaan Kapal Tentera Laut...

PELABUHAN KLANG - Kehadiran kapal latihan tentera laut Korea Selatan, The South Korea...

Kesedaran Terhadap Kanser Masih...

PUTRAJAYA - Kesedaran orang ramai terhadap kanser dan kepentingan menjalani ujian saringan dan...

Penyanyi Rock Mus May Koma Di ICU

PENYANYI rock terkenal Mus May berada dalam keadaan koma dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Menurut isterinya Suraya Bahari, suaminya dalam keadaan koma kerana keadaannya terlalu lemah, selain bagi membolehkan keadaannya kembali stabil.

“Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).

“Doktor sudah menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa),” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan.

“Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital,” ujarnya.


Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun mungkin dia jatuh sakit kerana terlalu letih.

“Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapannya tiada yang serius,” jelasnya yang mengharapkan doa semua pihak terhadap Mus. – MYNEWSHUB.CC

Kategori