PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana bau yang kurang senang keluar daripada ruang penghawa dingin kereta anda walaupun sudah berpuluh-puluh kali tukar pewangi?
Bahkan, ada juga pewangi kereta yang menulis ‘tiga bulan’ tapi sayangnya hanya boleh dipakai selama dua minggu sahaja! Bagaimana cara agaknya cara untuk selesaikan masalah itu? Tenang, di sini kami berikan tips untuk anda!
Apa yang paling penting, tips ini malahan lebih mudah dan juga menjimatkan wang anda daripada terpaksa bazir beli pewangi-pewangi kereta yang berjenama mahal di luar sana tu.
Malah, kami yakin kereta kesayangan anda akan jadi lebih wangi dan isteri mahupun kekasih korang pun takkan merungut lagi. Pasti!
Pertama sekali, anda perlu membeli penyepit baju yang diperbuat daripada kayu. Tapi sebelum tu pastikan anda dah ada minyak pati bunga kegemaran. Tak kisah la bau bunga ke buah ke yang penting wangi, okay?
Kemudian, titiskan minyak pati bunga itu pada penyepit kayu tadi sehingga basah dan kepitkan pada penghawa dingin kereta anda supaya apabila kereta dihidupkan aroma wangi itu akan semerbak memenuhi ruangan kereta.
Haaa mudahkan? Dengan cara ini juga, anda boleh cuba pada penghawa dingin di rumah mahupun tempat kerja.
Lepas ni tak ada lagi masalah bau busuk di dalam kereta ataupun rumah. Isteri dan kekasih anda pun pasti akan tersenyum riang. Cuba jangan tak cuba ya! – MYNEWSHUB.CC