Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anwar, Keluarga Fail Saman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota keluarga beliau hari ini...

Video: Pasangan Tak Malu,...

MELALUI video yang dirakam orang awam, sepasang kekasih tanpa rasa segan kelihatan melakukan hubungan...

Luiz Suarez Sedia Hadapi...

BARCELONA - Segenap mata akan tertumpu kepada bintang kontroversi Barcelona, Luis Suarez menjelang...

31 Bayi Maulidur Rasul...

KUALA TERENGGANU - Sejumlah 31 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)...

Penyerang Resorts World Manila Bunuh Diri

POLIS Filipina mengesahkan penyerang yang melepaskan tembakan di Resorts World Manila pagi tadi dilaporkan mati selepas membakar dirinya sendiri di sebuah bilik hotel berkenaan.

Media antarabangsa melaporkan Ketua Polis Filipina, Ronald Dela Rosa berkata suspek dipercayai berbaring di atas katil dengan membalut diri dengan sehelai selimut tebal.

“Suspek sebelum itu menuang minyak ke atas selimut terbabit lalu menyalakan api,” katanya yang enggan mengulas laporan awal bahawa pihak polis menembak mati lelaki berkenaan.

Dalam kejadian awal pagi tadi, suspek yang dipercayai lelaki warga asing menceroboh bilik kasino resorts tersebut dengan menggunakan senapang.

BACA INI: Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

Polis menafikan kejadian tersebut ada kaitan dengan aktiviti keganasan sebaliknya ia satu rompakan.


Dela Rosa berkata, sebelum kejadian, suspek dilihat meletakkan kereta di aras dua hotel dan masuk ke dalam kasino lalu menembak skrin televisyen.

Jelasnya, penembak berkulit cerah, memilik wajah warga asing dan bertinggian 1.8 meter selain bertutur dalam bahasa Inggeris. –MYNEWSHUB.CC

Kategori