Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Angkasawan Russia Ke ISS...

NEW YORK: Tiga angkasawan Russia tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam dengan...

Belarus Didakwa Bakal Sertai...

WASHINGTON – Sekutu kuat Rusia, Belarus, didakwa bakal menyertai perang menentang Ukraine dalam...

Pegawai Tertinggi 1MDB ‘Dibelasah’...

The Malaysian InsiderSekumpulan pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir...

Fathia Latiff Mohon Peluang...

AKTRES cantik, Nur Fathia Abdul Latiff mengakui dia perlu lebih berhati-hati selepas ini...

Penyusuan Ibu Secara Eksklusif Rahsia Awet Muda Didie Alias 

WALAUPUN bergelar selebriti popular namun Didie Alias tidak sesekali melupakan tanggungjawab sebagai ibu kepada enam cahaya matanya.

Antara yang dititikberatkan Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali adalah memberikan susu badan secara eksklusif kepada semua anaknya; Nur Dhaniyah, 22, Muhammad Danial, 21, Nur Dinie, 19, Nur Dayini Ahza, 17, Nur Diyana, 16, dan Muhammad Dayyan, setahun lima bulan.

w7ms6X2
Anak-anak Didie; Nur Dhaniyah, 22, Muhammad Danial, 21, Nur Dinie, 19, Nur Dayini Ahza, 17, dan Nur Diyana, 16.

Menurut Didie, dia tidak ragu-ragu bahawa susu ibu mempunyai 1001 kebaikan berbanding susu formula, justeru dia memastikan ianya diberikan kepada anak-anak meskipun di sebalik kesibukan dengan karier seni.

“Saya memang amalkan penyusuan badan sejak anak sulung lagi. Susu ibu bagus sebab ia buatkan anak sebab susah dan jarang dapat penyakit,” katanya yang diberi jolokan ‘Lady Gaga Malaysia’.

Ketika Didie sibuk di lokasi, Dayyan biasanya akan dijaga suami, Norisham Ismail yang juga merupakan pengurusnya.

Sejak melahirkan Dayyan pada 27 Jun tahun lalu, Didie akui si comelnya itu tidak pernah ditinggalkan sebaliknya ke mana sahaja dia pergi, pasti Dayyan dibawa bersama.

Didie Anak2
Muhammad Dayyan, setahun lima bulan.

Baby Dayyan masih kecil dan semua orang memahami keadaan saya yang perlu memberikan susu badan kepadanya,” kata Didie ketika ditanya penerimaan pengarah dan krew produksi mengenai keadaannya yang perlu menyusukan anak ketika bekerja.

Didie boleh dijadikan contoh salah seorang ibu bekerjaya yang bukan sahaja tidak menjadikan kesibukan sebagai halangan untuk memberikan susu badan secara eksklusif kepada anak malah tidak malu dengan perkara itu.

Menurutnya sebagai seorang ibu, pemberian susu badan amat penting sebagai tanda kasih sayang kerana ia sudah terbukti secara saintifik dapat membekalkan antibodi yang sangat kuat untuk anak.

Selain itu, Didie menyeru para ibu agar tidak malu menyusukan anak kerana kini, terdapat pelbagai kemudahan bagi melakukannya termasuk baju breastfeeding yang praktikal selain tempat khas untuk ibu menyusu bayi turut disediakan di kebanyakan kompleks beli-belah.


Nursing-Cover-Rose-1
Breastfeeding @ Nursing cover

“Tak payah malu untuk menyusukan baby kerana ini untuk kesihatannya. Susu badan adalah makanan dan minuman terbaik untuk anak selain memastikan mereka susah mendapat penyakit. Secara tidak langsung, ianya juga menguatkan lagi bonding antara ibu dan anak.

“Bagi saya penyusuan badan amat penting. Buat para ibu di luar sana, berikanlah susu badan kepada bayi anda kerana ianya juga merupakan salah satu daripada rahsia awet muda,” katanya yang kini sudah menjangkau usia 43 tahun.

Dayyan yang cukup disayangi oleh kakak dan abangnya ini, sememangnya bertuah kerana mendapat penyusuan ibu secara eksklusif.

Jika Didie yang sentiasa sibuk dengan jadual penggambaran tidak menjadikannya satu halangan bagi menyusukan Dayyan, kebanyakan ibu juga mampu melakukan perkara serupa jika benar-benar memiliki keazaman yang tinggi.

Contohilah amalan yang dilakukan Didie sejak anak pertama sehingga yang bongsu kini, dalam memberikan penyusuan ibu secara eksklusif bagi memastikan bayi membesar dengan sihat, cergas dan bijak! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori