Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pembantu Rumah Didakwa Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini...

Konfius Bila Syampu RM2...

PACKAGING syampu ini memang nampak sebijik dengan jenama syampu terkenal.Hingga kita yang melihat...

Jangan Asingkan Kategori Filem...

KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam meminta Perbadanan Kemajuan Filem...

Mangsa Banjir Di Mersing,...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada...

Peranan Sektor Awam, Swasta Akan Diteliti Semula

KUALA LUMPUR – Peranan sektor awam dan swasta tertentu akan diteliti semula di bawah pelan pemulihan ekonomi jangka sederhana hingga jangka panjang bagi menerajui perkembangan Malaysia dalam bergerak ke hadapan, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Bercakap pada majlis “Invest Malaysia 2020” Siri 2, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu berkata pelan ekonomi yang dijangka dibentangkan pada Oktober, akan menyediakan garis panduan untuk pertumbuhan jangka panjang dan kemampanan ekonomi negara.

Pelan pemulihan jangka sederhana hingga jangka panjang itu akan menangani sejumlah langkah pembaharuan.

Beliau berkata kerajaan juga akan melihat masa depan tenaga kerja, pasaran tenaga kerja, pelaburan berkualiti serta ekonomi digital sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan itu.

Menurut Mustapa, selain daripada pelan berkenaan, kerajaan dijangka membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada suku pertama 2021.

“Dokumen-dokumen ini sudah pastinya akan dilihat dengan teliti oleh sektor swasta,” kata beliau.


Untuk lebih menekankan Kerjasama Awam-Swasta sebagai pemangkin bagi pembaharuan sektor secara lebih meluas dan penyertaan sektor awam yang lebih besar, kerajaan di bawah RMK10 dan RMK11, telah menubuhkan Dana Pemudah bernilai RM20 bilion bagi merancakkan pelaburan persendirian di kawasan-kawasan strategik dalam negara.

Daripada RM20 bilion yang diperuntukkan, RM5 bilion ialah untuk pemilikan tanah manakala selebih RM15 bilion akan bertindak sebagai “tipping point” bagi membantu sektor swasta membiayai projek.

“Ia bertujuan merapatkan jurang daya maju sektor persendirian berkaitan projek yang mempunyai impak strategik dan yang mempunyai kesan limpahan ekonomi yang besar,” tambah beliau.

Setakat ini, 320 projek Dana Pemudah bernilai RM14.23 bilion telah diluluskan, kata Mustapa sambil menambah projek-projek itu telah mewujudkan aktiviti ekonomi bernilai sehingga RM232.47 bilion. – BERNAMA

Kategori