Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembeli Rumah PR1MA Boleh...

PETALING JAYA : Pembeli rumah melalui Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) boleh mendapatkan pembiayaan...

Najib Dan 3 Lagi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri...

Pramugari Egypt Air Kongsi...

TIADA siapa yang mahu meninggal dunia dalam keadaan mengerikan lagi tragis. Namun, seorang pramugari...

Puteri Diraja Thailand Lawat...

MELAKA - Puteri Diraja Thailand, Maha Chakri Sirindhorn pada Khamis melawat bandar raya...

Perancang Keganasan Di Australia Dijel

SYDNEY – Seorang daripada lelaki yang disyaki menjadi dalang serangan pengganas pada 2015, yang menyaksikan seorang remaja radikal bunuh seorang akauntan polis New South Wales (NSW), akan ringkuk dalam penjara sekurang-kurangnya selama 28 tahun setengah daripada hukuman 38 tahun yang dijatuhkan ke atasnya

Milad Atai telah dihukum pada Jumaat kerana membantu dan menggalakkan Farhad Jabar, yang ketika itu berusia 15 tahun, menembak mati Curtis Cheng di luar sebuah balai polis di Sydney selain membantu kakak Jabar melakukan perjalanan ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Daesh.

Menurut agensi berita China Xinhua, Hakim Mahkamah Agung NSW Peter Johnson berkata meskipun Atai tidak secara peribadi membekalkan senjata api terbabit kepada Jabar, tertuduh menyedari sepenuhnya rancangan itu dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikannya.

Lelaki berusia 22 tahun itu masih dianggap sebagai seorang penyokong Daesh dan baru-baru ini, menarik balik permohonan maaf yang dibuatnya sebelum ini kepada keluarga mangsa dan menyatakan bahawa dia kini “tidak menyesal” atas kematian mangsa yang merupakan seorang bapa dan suami.

Atai enggan berdiri ketika dia dijatuhi hukuman dan Johnson menyifatkan perilaku tertuduh itu sebagai satu lagi bukti lanjut berhubung sikapnya yang tidak menyesal atas perbuatannya dan komitmen terhadap kepercayaan ekstremisnya.


Ketika dia dibawa keluar dari mahkamah, Atai telah menuding jari ke arah hakim itu dan menjerit dalam bahasa asing. – BERNAMA

Kategori