Peranti ‘Payudara’ Mudahkan Bapa Menyusu Badan

GOLONGAN bapa mungkin dapat melakukan semua perkara seperti kaum ibu, kecuali melahirkan anak dan memberi susu badan kepada bayi.

Bagaimanapun, terdapat peranti baharu yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun, Dentsu bagi menyelesaikan masalah untuk kaum bapa memberikan susu badan pada masa akan datang.

Menerusi pengenalan di festival SXSW di Austin, Texas di Amerika Syarikat, alat tersebut kelihatan pelik tetapi objektifnya bagi membolehkan kaum bapa membantu mengurangkan bebanan ibu.

Data menunjukkan bahawa tekanan dan kesukaran ibu bapa dalam menjaga bayi mereka dikaitkan dengan pemberian susu badan dan tidur, menjadikan lebih tanggungjawab bapa dilihat lebih rendah.

Bagi membuatkan kaum bapa mengurangkan bebanan ibu, Dentsu menghasilkan tangki susu yang boleh dipakai dengan bentuknya seperti payu dara wanita, membolehkan lelaki memberikan susu kepada anak mereka.

“Penyusuan ibu juga menjadi efektif bagi membantu mereka untuk mempunyai masa tidur yang lebih cukup – yang selama ini menjadi kekangan buat kaum ibu,” menurut Dentsu dalam satu kenyataan media.

“Menumpukan penyusuan ibu, kita bermatlamat untuk mengurangkan bebanan kaum ibu dan meningkatkan masa tidur bayi dengan membolehkan bapa untuk memberikan susu kepada anak mereka,” menurut kenyataan itu.

Peranti yang dinamakan Father’s Nursing Assistant (Pembantu Penyusuan Bapa) direka menyamai payu dara wanita, dengan salah satunya menempatkan tangki susu isu atau susu formula, dan satu lagi bahagian dilengkapi dengan puting.

Peranti tersebut mempunyai haba untuk dirasai seperti badan ibu dan membolehkan bayi tidur nyenyak di pangkuan bapa. – odditycentral

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...