Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKPD Di 18 Taman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

Jangan Ragu Kesetiaan Saya...

SUNGAI PETANI - Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta anggota...

Negara Dilanda ‘Bencana Sosial’...

SHAH ALAM - Masyarakat di negara ini tidak lagi diuji dengan bencana alam...

VIDEO: Iklan Merdeka Petronas...

SABAN tahun, Petronas tidak pernah ketinggalan untuk menyiarkan iklan khas sempena sambutan kemerdekaan...

Perbicaraan 1MDB 27 Ogos Atau 3 September?

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini akan menentukan sama ada akan memulakan perbicaraan kes berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) minggu depan atau 3 September ini, petang esok.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan sedemikian selepas mendengar hujah ringkas pihak-pihak terlibat dalam kes tersebut hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon mahkamah agar memulakan perbicaraan kes itu pada 27 Ogos ini berbanding 26 Ogos seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Ia berikutan terdapat rayuan berhubung permohonan pihak pembelaan untuk menghalangnya mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1MDB tersebut di Mahkamah Persekutuan, Isnin ini.

Bagaimanapun, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun memohon agar perbicaraan tersebut bermula pada 3 September ini.


Ujarnya, sekiranya perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. selesaikan pada minggu ini, pihaknya mempunyai masa seminggu untuk meneliti 722 dokumen yang diterima daripada pendakwaan minggu lalu.

Perbicaraan kes 1MDB sepatutnya bermula Isnin lalu namun ditangguhkan selepas kedua-dua pihak tidak bersedia untuk memulakan prosiding. – UTUSAN ONLINE

Kategori