Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kluster COVID-19 Golongan Berisiko...

PUTRAJAYA - Satu kluster golongan berisiko tinggi dikesan di Johor hari ini, membabitkan...

DBKL Batal 10 Projek...

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membatalkan 10 projek bernilai...

Menjijikkan… Kulat Tumbuh Pada...

SEKILAS pandang, anda mungkin menyangka ia merupakan satu gambar hiasan. Tetapi sebenarnya ia...

Ahli Parlimen Sokong Ismail...

KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) hari ini menzahirkan sokongan mereka...

Perlu Undang-Undang Ketat Kekang Aktiviti Basikal Lajak

KUALA LUMPUR – Undang-undang yang ketat diperlukan bagi mengekang aktiviti basikal lajak kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

“Pihak polis sebuah badan penguat kuasa, kami memerlukan undang undang yang ketat bagi isu ini (basikal lajak) dan lain yang boleh menjejaskan ketenteraman dan kesejahteraan awam.

“Kami melihat kepada peruntukan undang-undang dan kaedah terbaik yang boleh mengekang aktiviti ini,” katanya kepada pemberita selepas Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Program Latihan Asas Kepolisan (Plak) Kadet Inspektor Siri 1/2019 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Isnin lepas, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.

Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Azisman berkata sebanyak 116 basikal lajak dirampas dalam 13 operasi yang dilaksanakan bermula Januari hingga Oktober lalu dengan 26 lokasi tumpuan dikenal pasti dijadikan litar basikal lajak yang membabitkan lapan negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Johor, Kelantan dan Sabah.

Terdahulu, seramai 170 anggota inspektor kadet berjaya menamatkan latihan menyertai perbarisan tamat kursus asas kadet.

Pada upacara itu, Kadet Inspektor Amirul Syafiq Mohd Noor diumumkan sebagai peserta terbaik keseluruhan latihan.

Kategori