Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Demokrasi Musnah Jika Pakatan...

KUALA LUMPUR - Sistem demokrasi Malaysia bakal hancur jika Pakatan Harapan (PH) menang...

RM30.5 Juta Diperuntuk Bagi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM30.5 juta diperuntuk kerajaan bagi tujuan pembangunan semula fasa...

Sokong Pelan Tambah Keanggotaan...

PEKAN - Anggota UMNO Pahang perlu menyokong dan melaksanakan pelan yang dirangka Biro...

Hazama Sanggup Tunggu Kekasih...

UMUM mengetahui, penyanyi dan pelakon Hazama sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuzik,...

Perlumbaan Gajah Tradisi Bagi Rakyat Vietnam

PERLUMBAAN gajah mungkin jarang sekali kita dengar.

Bagaimanapun ia adalah satu perlawanan tradisi bagi rakyat Vietnam.

Menurut penduduk tempatan perlawanan itu adalah satu perayaan bagi menghormati haiwan itu secara tradisinya.

Namun aktivis haiwan tetap mengutuk perlumbaan itu yang dilihatnya sangat kejam dan ketinggalan zaman.

Festival gajah Buon Don ini kebiasaannya diadakan setiap 2 tahun dan antara pertandingan yang dibuat adalah perlawanan bola sepak, sesi renang, perarakan dan bufet untuk haiwan.

Menurut salah seorang pemilik gajah yang sering menyertai pertandingan itu, Y Hoi sebelum pertandingan rutin yang akan dilakukan adalah dengan menyediakan diet yang sihat untuk gajahnya iaitu pisang dan tebu dalam memastikan kekuatan gajahnya.


Ini kerana mana-mana gajah yang menang akan memperolehi hadiah wang tunai AS130 dolar.

Perlawanan itu juga mampu menarik kunjungan pelancong ke kawasan tersebut.

Namun bagi aktivis ia tetap salah apabila gajah tersebut dipaksa bekerja lebih 6 jam di bawah matahari dan kemudian dipukul dengan tongkat semasa perlumbaan.

“Itu salah satu tahap kekejaman haiwan tertinggi, terutama jika ia melibatkan hiburan,” kata Dionne Slagter dari NGO Animals Asia.

Bagaimanapun aktivis ini berpuas hati kerana penyertaan dalam perlumbaan gajah semakin berkurangan iaitu hanya 14 ekor berbanding berpuluh tahun yang lalu.

Namun dia tetap berharap pihak berkuasa mengamalkan pendekatan yang lebih beretika dalam industri pelancongan haiwan di masa depan. – FMT

Kategori