Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Agong Pandu, Redah Banjir...

MARAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

9 Tahun Berlalu, Keluarga...

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan...

Cheng Hoe Senarai 23...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe melengkapkan...

Wanita Dakwa Dirogol Pokemon

Pelik dan gila. Seorang wanita telah membuat laporan polis bahawa dia dirogol oleh...

Permainan Video Tak Beri Kesan Buruk, Pengaruh Ganas

SEBUT sahaja permainan video, pasti ramai yang terbayangkan Mobile Legend, PUBG, Fortnite dan macam-macam lagi.

Biarpun ramai yang ketagih, stigma mengenai keburukan permainan video tidak pernah senyap diperkatakan.

Golongan ibu-bapa juga risau sekiranya paparan keganasan dalam permainan video akan mempengaruhi corak kelakuan anak mereka.

Terbaharu, satu kajian yang dibuat oleh Universiti Oxford pula membuktikan sebaliknya.

Menerusi eksperimen akademik itu, mereka berkata tiada bukti untuk mengaitkan permainan video dengan keganasan.

Kajian juga mendapati tidak terdapat peningkatan kelakuan ganas dalam diri remaja yang bermain permainan video berunsur sedemikian.


“Idea bahawa permainan video berunsur ganas akan memberi kesan kepada perlakuan sangatlah popular, tetapi ia sudah lama tidak dikaji semula.

“Ia sering dibincangkan ibu-bapa dan pembuat polisi, ia sebenarnya tidak memberi kesan yang buruk,” ujar Professor Andrew Przybylski dari Institut Internet Oxford.

Dia turut berharap kajian itu dapat menamatkan persepsi negatif terhadap permainan video dan pemainnya. – Daily Star

Kategori