Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

DAP Tunjuk Belang Umum...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP sudah...

NCP Dipilih Sebagai Nama...

CHINA - Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan nama rasmi sementara bagi coronavirus iaitu...

Tanah Runtuh: Dua Mayat...

GEORGE TOWN - Dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus,...

13 Ditahan Kes Curi...

KOTA KINABALU - Polis menahan 13 individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam...

Permintaan Produk Keluaran FGV Meningkat

JERANTUT – Permintaan produk keluaran Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad dijangka terus meningkat menerusi Kempen Beli Produk Muslim. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, kempen yang mendapat sambutan hebat di kalangan umat Islam itu memberi kesan positif terhadap pasaran produk FGV.

“Kempen ini sebenarnya sudah lama dijalankan namun umat Islam semakin sedar mengenai kepentingan untuk meningkatkan ekonomi peniaga muslim.

“Produk-produk keluaran anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products Sdn. Bhd. terutama minyak masak dan susu jenama Saji semakin laris di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Bekas Tentera Malaysia Jerantut Berhad kali keenam di sini hari ini.

Menurutnya, sambutan luar biasa terhadap produk FGV menyebabkan peniaga terutama di pasar raya terpaksa menambah stok dalam masa yang singkat.

“Saya difahamkan ada sesetengah pasar raya dan kedai di negeri ini cepat kehabisan stok malah tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan,” ujarnya. 


Tambahnya, produk lain yang turut mendapat sambutan termasuk Saji Mee, majerin Pelangi, mentega kacang Sunbear dan mayonis Saji Mayo. 

“Saya harap masyarakat Islam terutamanya terus menjadikan produk FGV sebagai pilihan mereka dan kempen ini tidak dilakukan secara bermusim,” jelasnya. 

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pihak pengurusan koperasi perlu lebih bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan. 

“Mereka perlu menguruskan koperasi dengan baik dan menambah pendapatan bagi membolehkan agihan dividen kepada ahli dilakukan setiap tahun,” kata beliau. – K! ONLINE

Kategori