Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Anggota Paskal Maut Terkena...

SEORANG anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) maut selepas terkena bom ikan di Sungai...

“Kalau Debat Jumaat, Isnin...

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi menegaskan pendirian bahawa...

Taufan Hagupit Bergerak Tinggalkan...

MANILA – Taufan Hagupit yang semakin perlahan bergerak meninggalkan Filipina semalam selepas membunuh...

Tentera Gagalkan Cubaan Seludup...

BAU - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba membawa keluar...

Perodua Bezza Edisi Terhad RM44,890 Sebuah

SERDANG – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan 50 buah Bezza edisi terhad yang berharga RM44,890 sebuah tidak termasuk insurans sempena Malaysia Autoshow 2019 yang bermula hari ini hingga 14 April.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, Bezza edisi terhad hanya boleh ditempah semasa Malaysia Autoshow 2019 berlangsung dan tidak terdapat di bilik-bilik pameran Perodua.

Katanya, Bezza edisi terhad tampil dengan warna luaran Ivory White dan kit badan GearUp kemasan hitam matte yang dikelilingi jalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam matte.

“Model ini juga didatangkan dengan bumbung berwarna hitam matte dan rim aloi kelabu gelap, cermin sisi berwarna merah dan pelekat corak geometri pada bahagian bonet dan sisi.


“Bahagian dalaman Bezza edisi terhad lebih bergaya dengan penambahan sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah dan karpet koil GearUp,” katanya dalam majlis memperkenalkan Bezza edisi terhad di sini, hari ini.

Kategori